29Dec

Celcom Axiata Membawakan Twitter Via SMS

Web 2.0

Mungkin para pengguna setia Celcom sudah pun mengetahui akan servis terbaru daripada Celcom Axiata Berhad, iaitu Twitter via SMS. Hari ini, secara rasminya, Celcom melancarkan servis tersebut, dan memberikan penjelasan penuh berkaitan servis mereka itu.

Twitter Via SMS

Melalui servis Twitter via SMS ini, para pengguna boleh menghantarkan seberapa banyak SMS yang diingini dengan caj hanya RM1 seminggu. Ini bermakna, dengan hanya RM4 sebulan, anda boleh menghantar seberapa banyak kemaskini status kepada laman Twitter anda dengan mudah sekali, iaitu hanya dengan SMS sahaja. Untuk memulakannya, anda hanya perlu taip “T” dan hantar kepada 29800.

Berikut merupakan beberapa jawapan bagi soalan yang sering tertanya oleh para pengguna berkaitan dengan servis Twitter via SMS ini,

  • 140 Huruf – Seperti sedia maklum, Twitter hanya mengehadkan penggunaan sebanyak 140 huruf sahaja. Sekiranya anda menghantarkan SMS dengan lebih daripada 140 huruf, hanya 140 huruf pertama sahaja yang akan diterima oleh sistem dan dipaparkan dilaman Celcom.
  • Pautan – Buat masa ini, tiada sebarang perancangan oleh Celcom untuk memperkenalkan sistem pautan pendek mereka yang tersendiri seperti Goo.gl dan juga FB.ME. Sebarang pautan yang dihantar dan diterima adalah sama seperti apa yang dipaparkan pada web.
  • MMS? – Buat masa ini, MMS masih tidak disokong oleh pihak Celcom, tetapi ianya mungkin diintegrasikan dalam masa terdekat, dimana gambar yang dihantar mungkin akan dipaparkan dilaman seperti TwitPic dan sebagainya.
  • @Replies – Buat masa ini, Celcom hanya menyokong penghantaran Tweet sahaja, dan untuk melihat balasan kepada tweet anda, anda perlu log masuk ke halaman Twitter seperti biasa.
  • Setiap SMS yang dihantar dan dipaparkan di laman Twitter akan ditulis sebagai daripada Channel X SMS Tweet. (Biasanya ditulis from web)


Encik Zalman Aefendy Zainal Abidin, Timbalan Presiden Pemasaran, Celcom Axiata Berhad

Selain daripada menghantar mesej dan mengemaskini status pada Twitter, anda juga boleh melanggan kepada beberapa akaun Twitter dengan mudah. Anda hanya perlu taipkan FOLL [Nama Pengguna Twitter] dan hantarkan kepada 29800.

Sebelum ini, Celcom turut sama telah memperkenalkan servis Facebook Via SMS dengan caj yang sama, iaitu hanya RM1 seminggu, dan bakal memperkenalkan beberapa lagi servis terbaru mereka dalam masa terdekat ini. Anda juga boleh mengikuti akaun rasmi Celcom di Twitter di @XPAXSays


Pownce Bakal Menamatkan Servisnya
Twitter Mengambil-Alih Teknologi Dan Pasukan BackType
Tagged Mengambil-Alih Laman Sosial Hi5
Kesemua Fail Di MegaUpload Akan Dipadam Dalam Beberapa Hari Lagi?
FoodPanda Bakal Memudahkan Para Pengguna Membuat Tempahan Makanan Atas-Talian

6 Komen

  1. paeh pada 29 Dec 2009

    cayalah aman. ko pegi gak. hohoho.

  2. abrablog pada 30 Dec 2009

    hoho..makin best la plak celcom nih..ni yg kene angkat blackberry nih..

  3. adib. pada 30 Dec 2009

    aku dah duk jauh2 camnih..makin canggih plak malaysia skrg nih..

  4. Zik pada 30 Dec 2009

    confirm celcom kedepan, tahu-tahu pengguna akan guna khidmat mcm ni.

  5. Adam pada 30 Dec 2009

    penjelasan yang menarik. tapi aku tak giler twitter sangat. jarang tweet. so RM1 seminggu tak berbaloi. aku guna GladlyCast. disebabkan aku under Hotlink Youth Club so 1 sms hanya 1sen.

    tapi kalo aku dah giler tweet nnt aku tuka join Channel X SMS Tweet.

    paling best aku rasa mungkin pengaruh yang Celcom bawah ramai artis Malaysia dah start guna Twitter.

  6. nurdiyana pada 22 Mar 2012

    apa maksud langgan pengguna lain?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader