29Dec

Celcom Bakal Memperkenalkan Friendster Via SMS

Web 2.0

Selain daripada pengumuman rasmi berkenaan dengan Twitter Via SMS, diketahui juga yang mana, kini Celcom sedang membangunkan platform untuk Friendster, dan bakal memperkenalkan Friendster Via SMS seawal bulan Januari, atau pada suku tahun pertama 2010.

Selepas memperkenalkan Facebook via SMS dan juga Twitter via SMS, kini mereka sedang mengusahakan untuk memperkenalkan Friendster Via SMS. Paling awal servis tersebut akan diperkenalkan adalah seawal Januari, atau mungkin secara ringkas, boleh dikatakan pada suku awal tahun 2010.

Friendster sendiri, seperti sedia maklum, sedang mengalami transformasi besar, dimana kini ianya turut memperkenalkan Friendster Wallet, Friendster Games dan banyak lagi, selain kini ianya diambil alih oleh syarikat milik warga tempatan, iaitu MOL Global pada harga kurang $USD40 juta. Di sebabkan hal-hal transformasi ini, ianya sedikit mengambil masa untuk khidmat Celcom diintegrasikan bersama Friendster.

Pada masa yang sama, Celcom juga berkata Friendster akan menjadi laman sosial terakhir yang disokong melalui khidmat SMS, selepas Twitter, dan Facebook. Mereka tidak merancang untuk memperkenalkan servis yang serupa untuk MySpace dan juga Tagged buat masa ini.


Facebook Memperkenalkan Platform Komen Untuk Web
LG Optimus 2X Dijual Pada Harga RM1899
Celcom Mengemaskini Harga Xperia Play - Kini Serendah RM848
Monster.com Malaysia Melancarkan Aplikasi Android
Sokongan Facebook Timeline Diperkenalkan Pada Aplikasi iPhone

7 Komen

  1. paeh pada 29 Dec 2009

    lagi hebat. pasni semua dia nak integrate. hahaha

  2. mohdisa pada 29 Dec 2009

    fuh, fs sedang mengorak langkah nampak nya. tp aku ttp dgn fb dan twitter. :P

  3. abrablog pada 30 Dec 2009

    hehe. kalau friendster mampu berbuat sesuatu. aku tak nafikan yang aku akan kembali ke friendster. hehe..

  4. ariefjoe pada 30 Dec 2009

    friendster makin serabut…

    fb gak maintain cool..

  5. nazra pada 31 Dec 2009

    lebih suka fb :D

    • petrick pada 01 Jan 2010

      hai umi,

      mcm mana dgn blog abg halim dgn en. khairul sani, klau rajin tlg update yer..
      hehehe

      TQ

  6. hilmi pada 31 Dec 2009

    huh… lps aku da delete akaun fs aku baru la nak wat mende2 ni, sblum ni, haram! harharharam… miahahaha…


Tinggalkan Komen Anda