09Dec

Celcom Memperkenalkan Twitter Via SMS

Web 2.0

Jikalau sebelum ini Celcom memperkenalkan Facebook Via SMS, kini mereka memperkenalkan pula Twitter via SMS, dimana dengan kadar RM1 seminggu, anda boleh menghantarkan seberapa banyak mesej yang anda inginkan ke akaun Twitter anda, dan sekaligus mengemaskini akaun Twitter anda dengan mudah.

Twitter Celcom

Untuk memulakan penggunaan servis ini, anda perlu terlebih dahulu mendaftarkan akaun Twitter anda dengan nombor telefon bimbit Celcom anda, dengan menghantarkan T ke 29800. Anda boleh menetapkan sehingga 5 nombor telefon pada akaun Twitter anda. Selain itu, bagi para pengguna yang tidak mempunyai akaun Twitter, dan teringin untuk mengikuti orang-orang ternama seperti Perdana Menteri kita, mahupun artis, anda boleh turut sama menggunakan servis ini dengan menghantarkan FOLL ke 29800.

Mungkin lepas ini, Maxis dan DiGi mungkin menawarkan promosi masing-masing, tetapi sekiranya tidak, anda masih boleh menggunakan GladlyCast mahupun S2Twit untuk membolehkan anda mengemaskini Twitter anda melalui SMS.


[Ura-Ura] Apple Bakal Miliki Twitter
Google Wave - Kolaborasi Masa Nyata Lebih Mudah
Friendster Akan Di Jual - $100 Juta - Hujung Bulan Ini
Facebook Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru?
Syarikat Pengiklanan Atas Talian Baru - Noobie Dilancarkan

10 Komen

  1. loq pada 09 Dec 2009

    gladlycast lagi cool bryyy

  2. beliamuda pada 09 Dec 2009

    alternatif untuk pengguna celcom ni.. gladlycast kan guna gateway maxis.. hmm..

  3. paeh pada 09 Dec 2009

    jebuh aku cari. tapi aku dapat gak….. aku dah pkai semalam

  4. knightblogger pada 09 Dec 2009

    haha..kene tru jugak nih..

  5. cathz91 pada 19 May 2010

    aku dah buat..tapi die minta approve org follow kita..camna nak update tweets la?aku tak paham sgt cara guna twitter mesej nie…please ajar..hee.. =)

  6. sydakmal pada 30 May 2010

    utk post status twitter, kne linkkan no phone. bole up sampe 5 no phone.
    refer kt page nih http://channelx.com.my/mdp/twitter_promo.jsp

  7. haikal96 pada 03 Jun 2011

    mcmane nk off twitter sms ni ek..mk aq marah sbb kne byr 1 sminggu..aq x tau cre nk mati kn dye..tlong aq..plizz…

  8. syiella90 pada 16 Aug 2011

    cmne nk off twitter ni…tiap2 mgu tolak kdt….nk off xde lak cre nye…

    • tim pada 30 Aug 2011

      STOP ALL

  9. adeng pada 29 Jan 2012

    Mcn mane pulak nak hentikan twitter sms ni? Sila jelaskan


Tinggalkan Komen Anda