Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Firefox yang dibangunkan oleh pihak Mozilla sudah melalui pelbagai inovasi sejak ianya dilancarkan pada 2004, tetapi industri pelayar web sering didominasi oleh Internet Explorer daripada Microsoft sendiri. Kini, mengikut StatCounter, Firefox 3.5 merupakan pelayar web terpopular meninggalkan Internet Explorer 8 dan Internet Explorer 7 dibelakang.

Pelayar Web Yang Digunakan Oleh Pengguna Web
Menurut StatCounter, Firefox 3.5 mempunyai pegangan pasaran lebih kurang 21.9%, berbanding IE 8 yang mempunyai 21.2% dan juga IE7 sebanyak 20.3%. Walaubagaimanapun, sekiranya digabungkan, dan tanpa melihat pada angka versi, Internet Explorer masih menjadi pelayar web yang paling popular dengan jumlah sebanyak 55.4%, apabila ditambah sekali dengan Internet Explorer 6 yang digunakan sebanyak 13.9% pengguna.
Firefox pula mempunyai jumlah pengguna sebanyak 32.3% sahaja, dan bakinya dikuasai oleh pelayar web yang lain seperti Chrome, Opera, Safari dan banyak lagi.

Pelayar Web Yang Di Gunakan Pengguna Malaysia
Pada masa yang sama, Firefox 3.5 kini merupakan pelayar web yang paling popular di Malaysia, jauh meninggalkan Internet Explorer 7.0, manakala Firefox 3.0 pula lebih banyak digunakan berbanding dengan Internet Explorer 8.0. Nampaknya, pelayar web Firefox sudah pun mula mendapat perhatian para pengguna di Malaysia, dan Chrome yang kini sedang mengejar penggunaan Internet Explorer 6.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
erk..ingatkan chrome no 1 tadi.hehehe
uish! lagi sikit dengan IE7
kalo kat Msia, jauh lagi tue. Firefox 3.5 rules. Haha~
Noob siot gune IE6
Nampaknya tak ramai juga yang pakai Chrome.
I love chrome..
tapi kalau gune kat windows 7 asek crash je
Aku rasa yang akan jadik top 3 adalah
Firefox, Chrome, IE (Gabung sekali semua versi)
Tapi yang paling laju pada aku tetap Chrome!
Tapi kalau aku nak login Maybank2u, aku tetap akan pakai Firefox! Tak caya aku ngan Google nih…
apapun aku suka google chrome – laju untuk surf internet
tapi firefox – stabil dan selamat
Sejak pakai Firefox dah x pandang web browser lain lagi…
IE top mungkin disebabkan ianya ready installed dalam komputer wondows.
maybe pengguna malas nak download firefox
Lajunya meninggalkan IE8 dan IE7.
firefox terbaik!!
“firefox – stabil dan selamat”
ape definisi selamat?
firefox ialah “open source”
“open source” ialah projek yang sumber codenya percuma dan boleh diubahsuai secara bebas oleh sesiapa saje
kita tak tau ape coding yang digunakan atau di-implement-kan dalam firefox atau bende2 open source
kita tak tau ape data2 yang disimpan atau dihantarkan secara senyap tanpa pengetahuan kita
tak pernah terfikir ke?
hebat2