Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah beta demi beta untuk Firefox 3.6 diperkenalkan, kini ianya rasmi yang mana Mozilla akan melepaskan Firefox 3.6 pada tahun hadapan, dan tarikh rasmi untuk pelepasannya masih lagi belum diumumkan. Sebelum ini, Mozilla memendekkan masa dengan mempercepatkan pembangunan dan menjangkakan Firefox 3.6 akan menemui pengguna pada hujung tahun ini.
Mozilla baru-baru ini telah melepaskan beta kelima bagi Firefox 3.6 berbeza dengan perancangan awal mereka. Sebelum ini, Mozilla merancang untuk melepaskan Firefox 3.6 pada hujung bulan November 2009, namun beberapa perkara telah mengelakkan perkara ini daripada berlaku, dan kini Mozilla menjangkakan yang mana mungkin mereka akan melepaskan Release Candidate untuk Firefox 3.6 sebelum hujung tahun ini, dan versi penuh bagi Firefox 3.6 pada tahun hadapan.
Tahun ini sahaja, kita dapat menyaksikan persaingan sengit antara pelayar web, dimana Chrome kini sudah mencapai versi 4.0 yang membawakan sokongan kepada extension, manakala Opera kini memperkenalkan private-browsing melalui tab baru, dan Microsoft sedang bergiat membangunkan Internet Explorer 9.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wah… cepatnya… tak dapat nak follow abes..
Dalam banyak-banyak browser, rasanya Firefox lah yang paling best. Dah tak lama lagi dah nak release tu =)
Ni yang seronok ni. Kita tengok Firefox vs. Chrome vs. Opera..err… IE9 masuk juga ke?
Bagus, bagus, bagus!
firefox no 1?
aku pakai prerelease 3.6.
huh.
sebenarnya aku tak berapa nak kisah sangat pelayar pe nak pakai. kadang2 pakai gak IE
ko pakai pe man???
Aku pakai Mozilla Minefield. Huhu~
minefield.. aku cari installer die x jmpe pon
firefox arr paling best dlm bnyk browser..