24Dec

Firefox 4.0 Memperkenalkan Halaman Tab Baru

Perisian

Walaupun Firefox 3.6 masih belum dilepaskan, pembangunan Firefox 4.0 sudah pun dimulakan dengan pengenalan antaramuka yang serba baru, dan terkini kelihatan yang mana Mozilla akan memperkenalkan halaman tab yang serba baru, mengantikan halaman carian yang disediakan buat masa kini.

Untuk menjayakannya, kini, Mozilla menyediakan pertandingan khas, dimana sesiapa sahaja boleh menyertainya dengan menghantarkan video konsep anda yang kurang daripada 3 minit kepada pihak Mozilla. Beberapa template kosong disediakan oleh pihak Mozilla untuk membolehkan anda memulakan rekabentuk anda, dimana anda boleh memuat-naik video anda ke laman-laman video seperti Vimeo, YouTube dan sebagainya, dan seterusnya menghantarkan konsep anda kepada pihak Mozilla. Sebuah Group khas juga disediakan oleh Mozilla untuk memudahkan anda berbincang dengan yang lain.

Halaman tab ini kelak mungkin menyerupai pada Chrome, namun Mozlla berharap mungkin pengguna boleh mengakses maklumat berkenaan dengan pelayar web Firefox dengan mudah melalui halaman ini, seperti sejarah pelayaran web, extension yang aktif pada Firefox, Bookmark dan sebagainya. Mozilla juga berharap agar ianya lebih menyerupai halaman My Yahoo mahupun iGoogle yang banyak digunakan para pengguna dengan kebolehan untuk menyertakan widget pilihan mereka.

Pertandingan ini akan tamat pada 15 Mac (tarikh tutup penghantaran sebulan lebih awal), dimana pemenangnya akan diumumkan oleh pihak Mozilla. Dengan ini, mungkin kita boleh lihat Alpha pertama Firefox 4.0 dalam pertengahan tahun hadapan. Tahun hadapan juga memperlihatkan yang mana berkemungkinan besar, Mozilla akan melepaskan tiga versi Firefox sepanjang tahun, iaitu Firefox 3.6, Firefox 3.7 dan juga Firefox 4.0 yang ditunggu para pengguna.


Fungsi Tab Baru Chrome Untuk Mozilla Firefox
Nokia Memberi Ovi Maps Secara Percuma
Aplikasi Android Yang Memperlihatkan Promosi Berdekatan Dilancarkan
Firefox 8 Aurora Untuk Android Membawakan Sokongan Master Password
Photoshop Versi Akan Datang Bakal Membolehkan Gambar Kabur Kembali Elok

6 Komen

  1. Taufiksm.com pada 25 Dec 2009

    apapun firefox sentiasa yg terbaik.. tapi dari segi kelajuan surf.. kalah dgn chrome….

  2. buzymovie pada 25 Dec 2009

    mozilla makin mantop arr!!!taniah mozilla..

  3. xflixz pada 25 Dec 2009

    aku sudah jatuh chenta sama chrome..bile gune firefox terasa cam slow plak internet..huhuhu..

  4. mesticun pada 25 Dec 2009

    semakin garanglah firefox.kalah google choremek…

  5. hilmi pada 28 Dec 2009

    ni yg membuatkan aku sayaaaang mozilla

  6. fads pada 05 Jan 2010

    cuba korang try LUNASCAPE 5….


Tinggalkan Komen Anda