17Dec

Firefox Membahagikan Plugin Mengikut Proses

Perisian, Sumber Terbuka

Setelah Google memperkenalkan multi-process pada pelayar web miliknya, Google Chrome, pihak Mozilla turut sama membangunkan fungsi yang serupa untuk Firefox, dan terkini, dalam versi pembangunan Firefox yang terbaru, fungsi tersebut sudah pun mula kelihatan.

Melalui fungsi tersebut, ianya mengelakkan daripada pelayar web Firefox berhenti berfungsi apabila salah satu plugin menjadi bermasalah. Ianya akan terus membolehkan menggunakan pelayar web tersebut, dan hanya plugin yang berkenaan sahaja akan diberhentikan. Menariknya, fungsi yang serupa dengan Google Chrome ini dibangunkan dengan menggunakan kod sumber Chromium itu sendiri.

Ianya masih lagi bukan fungsi one-tab-process, tetapi membahagikan plugin dan addon menggunakan proses mereka yang tersendiri merupakan langkah awal Mozilla dalam memperkenalkan fungsi-fungsi yang seakan dengannya.


Google Chrome 3 Di Lepaskan Secara Rasmi
Firefox 4.0 2 Kali Ganda Lebih Pantas Banding FF 3.5
Chrome 11 Mula Ditawarkan Pada Saluran Pembangun
Harian Metro Versi iPad Akan Diperkenalkan Esok
Sony Ericsson Membawakan Fungsi Terbina Seumpama Swype Melalui Kemaskini Android 2.3.4

3 Komen

  1. Kay_amx pada 17 Dec 2009

    lolz.. mozilla makin cute nampaknyer…

  2. myfr3ak pada 17 Dec 2009

    biasa la..klu tak, disebabkan 1 plugin, kuar la “not response” tu..

  3. mesticun pada 18 Dec 2009

    lawan je dengan google chromek


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader