04Dec

Friendster Akan Di Jual – $100 Juta – Hujung Bulan Ini

Web 2.0

Friendster baru sahaja memperkenalkan antaramuka yang baru, dan kini ianya dikatakan yang mana Friendster bakal dijual pada hujung bulan ini kelak. Ianya dikatakan akan dijual pada pembeli daripada Asia pada harga sekurang-kurangnya $100 juta walaupun ianya dinilai sebagai $210 juta.

Friendster
Halaman Utama Friendster Yang Serba Baru

Friendster merupakan antara laman sosial pertama yang dibangunkan sebelum Facebook dan MySpace lagi, iaitu pada tahun 2002. Friendster lebih digunakan oleh para pengguna Asia dan ianya dikatakan, lebih daripada separuh pengguna berdaftar di Friendster adalah daripada Asia. Friendster akan dijual pada salah satu firma dari Asia pada harga lebih daripada $100 juta, yang mana maklumat penuh berkenaan dengannya akan diumumkan hujung bulan ini.

Sebelum ini, TechCrunch pernah mengatakan yang mana Friendster bernilai lebih kurang $210 juta berbanding dengan Facebook yang bernilai $10 billion. Sebelum ini, enam tahun yang lalu, Google pernah menawarkan $30 juta untuk memiliki Friendster, namun tawaran tersebut telah ditolak mereka.

Hari ini, Friendster memperkenalkan antaramuka yang serba baru, yang mana kini menumpukan perhatian untuk menarik balik para pengguna mereka dan memfokuskan kepada pembayaran-mikro melalui penggunaan Friendster Games dan juga Friendster Wallet.


WordPress Memperkenalkan Direktori Tema Baru
Laman Negaraku Kembali Beroperasi Semula
Pembangun GengBlogger Melancarkan Vlog.my
Kemaskini Untuk WordPress 3.1 Pertama Dilepaskan
Facebook Touch Kini Turut Menyokong Aplikasi Dan Permainan

15 Komen

  1. beliamuda pada 04 Dec 2009

    aish, dah nak dijual friendster nih..

    apa pula lepas ni akan jadi kat fs ya..

  2. paeh pada 04 Dec 2009

    macam2 fs nii… aiyoo..

  3. Zairi Zaidi pada 05 Dec 2009

    Rugi ar dia tak jual kat google

  4. Wizurai pada 05 Dec 2009

    pakcik kayo! pakcik kayo!

    lepas jual, diaorang buat baru yg lebih power dr FB, jual lagi… sapa tahu?

    • Farid Zenon pada 05 Dec 2009

      lagi sekali produk yahudi susah ditumpaskan, kita juga susah nak mengelak dari menggunakannya ingat tu.

      • Khai pada 05 Dec 2009

        =.=’

        islam x melarang kita menggunakan produk dari anak yahudi kalau memberi kebaikkan pada diri kita. Apa sahaja perkara dalam interent ni, kalau melalaikan akan jadi haram.. Terpulanglah pada pendekatan diri masing-masing.

        • sumone pada 08 Dec 2009

          memberi kebaikan pada kita..? tp memberikan keburukan kepada saudara islam kita..
          duit produk yahudi disalurkan utk membina penempatan dipalestin.. utk membunuh org2 islam.. membiayai peperangan ke negara islam dipalestin.. renung2kan dan selamat beramal.. :)

          • cmon pada 11 Dec 2009

            betul tu..kadang2 kita fikir untuk kebaikkan kita sendiri jer sumone..aku sokong sumone..

  5. reezluv pada 06 Dec 2009

    bese la..dah nampak slow je user pakai Fs..jual la..kang takde nilai plak..sape ye beli?

  6. titan pada 06 Dec 2009

    emm..friendster wallet. Tak berkenan aku..

  7. mazlan pada 06 Dec 2009

    1 malaysia yo………………………..

    • mazlan pada 06 Dec 2009

      frienster prlu di prbharui.

  8. Qubezo pada 06 Dec 2009

    Sebelum bungkus baik jual dulu. Hidup Facebook! Haha.

  9. Kidos pada 11 Dec 2009

    malaysianye web komuniti pon xkurang hebatnya… try r http://www.arakian.com plak


Trackbacks/Pingbacks

  1. Friendster Kini Berwajah Baru! Tapi Tak Best Jugak. Hahahaha! | ZELO55 (DOT) COM

Tinggalkan Komen Anda