Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin ramai sudah ketahui yang mana Friendster telah pun dimiliki oleh syarikat daripada Malaysia, MOL Global, dan ianya diura-urakan yang mana Friendster telah dimiliki pada harga lebih kurang $100 juta, namun sebenarnya, ianya dimiliki pada harga hanya 39.5 juta sahaja.
TechCrunch melaporkan, yang mana beberapa sumber-sumber boleh dipercayai mengatakan yang mana Friendster hanya dibeli pada harga $39.5 juta, dan hanya bernilai $26.4 juta selepas menolak beberapa kos sebanyak $13.1 juta. Amat mendukacitakan kerana sebelum ini, Friendster dikatakan bernilai antara $98 juta hingga $273 juta, dan ianya telah dijual pada harga kurang $40 juta sahaja.
Sebelum ini, pada tahun lepas, Friendster telah ditawarkan sebanyak $150 juta, tetapi telah ditolak oleh pihak Friendster, dan pada tahun 2003 mereka telah menolak tawaran Google yang bernilai sebanyak $30 juta. Buat masa ini, masih tiada angka rasmi daripada pihak Friendster dan juga MOL Global.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
ruginya…waktu org offer tinggi nak jual mahal…sekali dah terjual dapat murah plak…hehe
Dlm media mesti kena beritau harga gempak2
kalo gitu si FACEBOOK tuh..jual lah kat kedai DVD RM12 sekeping.
hhehehe..
haha, biasalah tu. malaysia, semua nak gempak.
ok. pasni, malaysia try beli twitter atau facebook plak. Hehe..
Fs kurg mendapat sambutan, dijual plak dlm keadaannye yg x popular…
Google dulu sudah tawarkan mahu beli.siapa suruh pergi tolak.
friendster skarang da x femes lagi la
Patutlah Mol Global senang-senang je kena hack dengan budak-budak sekolah zaman sekarang. Rupanya Mol Global tu company Malaysia. Mati2 aku ingatkan Mol tu company international.
Aku dah biasa guna Mol untuk main game MMORPG berjenis-jenis.
Baguslah Mol Global dah mampu beli Friendster.