04Dec

Friendster Memperkenalkan Antaramuka Baru

Web 2.0

Setelah sedikit demi sedikit fungsi baru yang diperlihatkan oleh Friendster, hari ini, mereka memperkenalkan antaramuka halaman baru yang serba menarik dan ringan, serta didatangkan dengan fungsi baru seperti Friendster Games, Friendster Wallet dan pelbagai lagi fungsi menarik.

Friendster
Halaman Log Masuk Friendster Yang Baru

Friendster kini banyak menggunakan fungsi Stream seperti mana pada Facebook, selain pada masa yang sama memperkenalkan laman yang mudah dan menarik, selain menjadikan ianya sebuah hentian hiburan dalam talian dengan pelbagai permainan dan muzik yang disediakan pada laman tersebut.

Friendster Profile
Halaman Profail Pada Friendster

Dengan penggunaan warna yang lebih ceria pada Friendster kini, mereka berharap agar para pengguna terus akan setia menggunakan khidmat mereka. Walaupun Friendster kini tidak ingin menjadi laman sosial yang terbesar, mereka berharap agar mereka dapat menyediakan laman sosial yang menarik pada para pengguna.

Tips daripada Muhammad Hanifi. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus


myE-Buzz Melancarkan Halaman Central
Pembangun ILoveLabels Memperkenalkan ILoveDiscounts
Rekabentuk Twitter Lama Akan Dimatikan Pada Minggu Ini
Perkhidmatan Ovi Calendar Berasaskan Web Akan Dimatikan Pada 31 Ogos
WutMedia Dilancarkan - Wut2Feed Ditawarkan Secara Percuma Dalam Bentuk Beta

14 Komen

  1. Roslan Nazri pada 04 Dec 2009

    haha mcm2 frenster..bagus2..=P

  2. amoi pada 04 Dec 2009

    tetap tak dpt nak lwn Facebook.

  3. paeh pada 04 Dec 2009

    jambu gila page ko… hahaha

  4. Hamdi pada 04 Dec 2009

    tuh aaa
    aku baru sedar hari nih
    bila aku refresh browser, dia kuar baru
    haha

    http://onehamdi.com/new-friendster#content

  5. izzat pada 04 Dec 2009

    lama tak nampak perkembangan friendster ni..hoho, tapi akaun masih ada kat friendster, cuma tak aktif je.

    p/s:friendster chat masih ada ke? dulu ada kejap, sekarang tak pasti lak..

  6. Khai pada 04 Dec 2009

    Dah nak setahun aku padam semua akaun myspace, friendster, tagged etc etc.. tinggal facebook je satu..

  7. beliamuda pada 04 Dec 2009

    friendster kaler hijau, nak lawan facebook kaler biru.. hikhik.. ade pape ke ni? :P

  8. MakLaN pada 04 Dec 2009

    Cam satu Simbolik je..

  9. Zairi Zaidi pada 05 Dec 2009

    Nampak lawa jugak ni

  10. akmalhisyam pada 05 Dec 2009

    friendster baru mcm ghey..
    haha

  11. Fazreen pada 06 Dec 2009

    Dh 3 tahun aku tamatkn riwayat akaun fs aku

  12. Fatin Pauzi pada 09 Dec 2009

    Homepage semakin cun. tapi, masuk dalam, still sama lagi. :P

  13. real4rever pada 28 Sep 2010

    haha aku lg suke fs yg dulu2 dpd fs yg skang. Nampak katun sgt, berat lak tu. join group smpoi kami di fb. Old school 90′s


Trackbacks/Pingbacks

  1. Friendster Kini Berwajah Baru! Tapi Tak Best Jugak. Hahahaha! | ZELO55 (DOT) COM

Tinggalkan Komen Anda