03Dec

Google : Fungsi Fade-In Pada Halaman Utama

Google

Selepas melalui pelbagai peringkat ujian, hari ini Google memperkenalkan halaman laman utamanya yang serba baru, dimana anda tidak akan dapat melihat teks pada halaman utama mereka sehinggalah anda menggerakkan tetikus anda sedikit. Tanpa gerakkan tetikus, anda hanya dapat melihat logo dan kotak cariannya sahaja.

Google Baru
Halaman Google Yang Baru Menggunakan Fungsi Fade-In

Google telah berekspiremen dengan fungsi fade-in pada halaman utama mereka ini beberapa bulan kebelakanngan ini untuk beberapa pengguna yang terpilih, dan ianya memperlihatkan yang mana, fokus Google terhadap enjin carian mereka adalah amat tinggi, dan aplikasi yang lain menjadi keutamaan kedua mereka selepas enjin carian Google.

Pada masa yang sama, Google turut sama sedang mengintegrasikan enjin carian Caffeine pada halaman mereka, selain dikatakan bakal mencuba beberapa lagi antaramuka baru pada halaman carian mereka.


Blogspot Membawakan Fungsi Halaman Statik
Kerjasama Microsoft-Yahoo! Bakal Mendapat Perkenan EU?
Google Me Akan Ikut Konsep Facebook?
Google Bakal Memperkenalkan Fungsi Panggilan Video Untuk Telefon Android?
Internet Explorer 10 Bakal Disokong Selama 10 Tahun

8 Komen

  1. ejam pada 03 Dec 2009

    menarik ler…dh cuba td nmpk putih dan suci jer web gugel nie…hehe

  2. Roslan Nazri pada 03 Dec 2009

    sudah di cuba..yattaaa

  3. Adney pada 03 Dec 2009

    semalam dapat rase mnde ni.. hri ni da x dek semule.. aiya

  4. Hanep pada 03 Dec 2009

    bnda ni da lama kan?

  5. fadzioriq pada 03 Dec 2009

    yup, dah cuba gak, agak style lah~
    igtkan browser aku tadi block script google~huhu

  6. rieypcha pada 04 Dec 2009

    aha..mula2 ingat page gugel ada mslh, tp bla gerakkan mouse..baru nampak text.
    neway..very interesting!:)

  7. Zik pada 04 Dec 2009

    tu la.. ingatkan google saje nak ringankan untuk sementara. tapi cantek gile wew kalau dia bukan fade-in. kalau dia kekalkan terus nampak suci ayu jek pakcik google kita. idea mereka memang hebat..

  8. Taufik SM pada 06 Dec 2009

    google – ringkas, laju, dan menarik.

    Respek r pd google.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader