12Dec

Google Memperkenalkan Dua Fungsi Baru Pada Google.com

Google

Seperti sedia maklum, Google sememangnya mementingkan kelajuan pada laman cariannya. Selepas memperkenalkan carian masa-nyata pada laman Google, kini mereka memperkenalkan dua lagi fungsi baru, iaitu carian universal pada Google Suggest dan juga fungsi Quick Scrool untuk Chrome.

Google Universal
Google Suggest

Sama seperti pada Yahoo!, kini anda boleh melihat hasil carian universal ketika anda sedang menaip pada kotak carian Google. Buat masa ini, beberapa istilah yang disokong dalam carian universal adalah seperti cuaca, masa semasa, kod kawasan, definasi, kalkulator dan banyak lagi. Anda akan diberikan dengan jawapan, semasa anda sedang menaip pada kotak carian.

Pada masa yang sama, Google turut memperkenalkan extension baru untuk Chrome, yang dipanggil Quick Scroll, membolehkan anda mencari apa yang anda ingin cari dengan lebih pantas. Buat masa ini, ianya hanya boleh digunakan pada Chrome 4 Beta di Windows dan juga Linux.

Dengan fungsi Google Suggest dan Google Quick Scroll yang baru ini, Google berharap para pengguna dapat menjimatkan masa lagi ketika melayari web dan membuat carian pada Google.


Kemaskini HTC Desire Anda Kepada Android Froyo
Google Memperlihatkan Pautan Video Pesaing Pada Hasil Carian
Blogger Memperkenalkan Aplikasi Android
Garmin Mengambil-Alih Pembangun Aplikasi Dan Peranti GPS - Navigon
Google Memperkenalkan Antaramuka Baru Blogger Untuk Semua Pengguna

10 Komen

  1. Zala Wajik pada 12 Dec 2009

    bagus-bagus.

    salah satu fungsi yang aku suka pada yahoo search google pon dah ada.

    cayok google!

  2. Anarm pada 12 Dec 2009

    go! go! google!
    go! go! googleeeee!!

  3. Eriyza pada 12 Dec 2009

    Caiyolah Google. ;)

  4. Zairi Zaidi pada 12 Dec 2009

    Mantap.. Mantap…

  5. alone pada 12 Dec 2009

    camnilah Google! hoyeah =D

  6. whiztech pada 12 Dec 2009

    hoho.. hari ni ada easter egg kat google.com.. kat front page tu, tekan I’m feeling lucky tanpa taip apa2 kat kotak search.. nanti keluar countdown.. google.com.my rasanya tak boleh kot.. kene masuk google.com

  7. mohdisa pada 12 Dec 2009

    wah, encik google memang mengancap. best.

  8. tontolou pada 12 Dec 2009

    Oh Google telah banyak membantu saya dalam tugas harian, mmmmmm… saya gemar google.. ~saya mesti pilih!! bukan macam yang lain, potong sajaaa….. auuuuu.. tipah benci

  9. Mantra pada 13 Dec 2009

    Google memang menyaingi sesiapa pun..
    hebat Google..

  10. abrablog pada 14 Dec 2009

    hehe..gooogle memang tak mau kalah punya..


Tinggalkan Komen Anda