15Dec

Google Memperkenalkan Pemendek URL – Goo.gl

Google

Hari ini, selain daripada Facebook, Google turut memperkenalkan pemendek URL mereka yang tersendiri, iaitu Goo.gl. Buat masa ini, Goo.gl diperkenalkan untuk dua produk mereka, iaitu untuk Google Toolbar dan juga Feedburner, dan mungkin akan diperkenalkan kepada yang lain dalam masa terdekat ini.

Oleh kerana terdapat terlalu banyak persaingan dalam industri web pemendek URL ini, Google lebih menumpukannya kepada Google Toolbar dan Feedburner yang mana digunakan ramai, dan akan memudahkan mereka mengaksesnya dengan lebih mudah dan pantas. Selain daripada itu, Goo.gl dibina dan menggunakan infrastruktur dan fasiliti daripada Google, yang memberikan tiga perkara tambahan, iaitu stabiliti, sekuriti, dan kepantasan.

Pusat Data Google adalah antara yang paling stabil didunia, selain Goo.gl akan menggunakan sekuriti sama seperti pada Google Search, iaitu menyemak terlebih dahulu sesuatu URL samaada berbahaya atau pun tidak. Pada masa yang sama, Google juga amat mementingkan kepantasan, dan mereka akan terus memperbaiki servis mereka untuk memberikan kepantasan yang amat laju.

Buat masa ini, anda tidak boleh memendekkan URL anda menggunakan Goo.gl sama seperti FB.Me. Goo.gl hanya boleh digunakan dan terdapat pada Google Toolbar dan Feedburner. Sekiranya ianya mendapat perhatian ramai, ianya kelak akan diintegrasikan kepada pelbagai servis Google yang lain.


Google Menawarkan Fungsi Untuk Memindah Google Video Ke YouTube
Twitter Mengambil-Alih Teknologi Dan Pasukan BackType
Chrome 13 Dilancarkan - Membawakan Sokongan Instant Pages
Bateri iPad 3 Dilaporkan Lebih Ringan, Nipis Dan Bertahan Lebih Lama
Google Mengumumkan Untuk Mematikan Lebih Banyak Produk Mereka

7 Komen

  1. Roslan Nazri pada 15 Dec 2009

    semakin ramai yg menyediakan perkhidmatan ini..pada hal kita pun leh wat…hehe..

  2. Zairi Zaidi pada 15 Dec 2009

    Contoh URL bye macam mana ye?

  3. mohdisa pada 16 Dec 2009

    banyak dak shorten url ni. ades

  4. abrablog pada 17 Dec 2009

    rajin betul diorang buat ekk..


Trackbacks/Pingbacks

  1. Anarm.Net

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader