02Dec

Google Mencuba Fungsi Geolokasi Pada Hasil Carian

Google

Fungsi Geolokasi kini mendapat perhatian ramai pembangun web dan aplikasi apabila Twitter dan beberapa laman lain memperkenalkan sokongan API untuknya. Kini, Google turut mengintegrasikan dan memperkenalkan informasi lokasi pada hasil carian, pada laman yang menggunakan domain utama seperti .com dan .org.

Sebelum ini, sekiranya sesebuah laman web itu menggunakan alamat domain mengikut negara (ccTLD) seperti .my, .sg, .in dan sebagainya, ianya mudah dikenal pasti daripada mana laman itu berasal. Namun, tiada pilihan untuk mengetahui lokasi untuk laman-laman yang menggunakan domain .com, .net, .org dan juga .info. Kini, Google mula memperlihatkan lokasi laman-laman tersebut pada hasil carian pada Google.

GeoLokasi
Contoh Hasil Carian Dengan Fungsi Geolokasi

Jika anda merupakan pembangun web, anda boleh menggunakan Webmaster Tools pada Google untuk memilih lokasi atau negara untuk laman mereka, yang mana kelak akan diintegrasikan pada carian Google. Buat masa ini, hanya beberapa segelintir pengguna Google sahaja yang dapat mencuba fungsi ini pada carian Google, sebelum ianya diintgerasikan pada pengguna pada masa akan datang.


Google Chrome 2.0.160.0 Di Perkenalkan
GMail Tidak Boleh Di Akses Lebih 3 Jam
Google Chrome OS Dalam Masa Seminggu?
Google+ Menambah Fungsi Yang Dinantikan - Games
Google Melalui Chromium Turut Mula Menghalang Sijil Yang Dikeluarkan Digicert Malaysia

6 Komen

  1. Kay_amx pada 02 Dec 2009

    muahaha.. pasnie sonang sket nak cari website “server” yahudi..

  2. paeh pada 02 Dec 2009

    kalo cmtu aku nk integrate aku punya site kat US boleh… hehe

  3. Taufik SM pada 03 Dec 2009

    blog aku ini untuk orang Malaysia je aku target…. hanya guna google webmaster tool …lol

  4. megat pada 03 Dec 2009

    wah, lepas ni pakat host blog kat luar negara (kah3).

    makin rancak la google ni eh? macam-macam yang dilakukan, walaupun nampak kecil tapi impaknya makan dalam (hu3)

  5. zulfitry.com pada 03 Dec 2009

    amanz..cuba ko wat review pasal search engine ni..ker ko dah buat dah? http://collecta.com/

  6. WanPERLIS pada 03 Dec 2009

    wah lagi perkara baru terhasil


Tinggalkan Komen Anda