17Dec

Google Mengintegrasikan Amazon Associate Pada Blogger

Google, Web 2.0

Google dan Amazon telah pun mengumumkan kerjasama, dimana melaluinya, para penulis blog pada platform Blogger kini boleh menjana serba sedikit wang daripada tulisan mereka dengan mengintegrasikan Amazon Associates Program pada blog mereka dengan mudah sekali sama seperti Adsense sebelum ini.

Blogger Amazon

Dengan ini, para pengguna Blogger atau Blogspot boleh menyertakan pautan berupa iklan kepada produk dengan mudah sekali, serta menjana pendapatan affiliate melalui sebarang pembelian yang dilakukan melalui pautan mereka. Melalui fungsi terbaru yang ditambah pada Blogger, para pengguna boleh mencari sebarang produk pada Amazon dan menyertakannya ke dalam hasil tulisan mereka dengan amat mudah sekali.

Para pengguna Blogger yang ingin menggunakan fungsi ini, perlulah terlebih dahulu aktifkannya pada ruangan Monetization, dimananya terdapat beberapa pilihan lain seperti AdSense dan juga AdSense for Feeds. Dengan bekerjasama bersama Blogger, Amazon kelak akan mendapat akses kepada jutaan pengguna untuk mempromosikan produk mereka, sekaligus membolehkan para pengguna Blogger menjana wang sampingan dengan mudah.


Laman JomTwit Di Lancarkan Secara Rasmi
Versi Pembangunan Chrome Mula Menerima Kemaskini Logo
DealMates Mencapai Lebih 100,000 Orang Pengguna Berdaftar
[Video] JellyBus Memperlihatkan Aplikasi Fotografi Di Echelon 2011
Lebih 250 Juta Peranti Android Diaktifkan - Angka Muat-Turun Aplikasi Melangkaui 11 Billion

4 Komen

  1. myfr3ak pada 18 Dec 2009

    wah, lagi peluang duet online..akan difikirkan kemudian :D

  2. mesticun pada 18 Dec 2009

    blog duit dengan nuffnang sudah cukup.

    • Blog Of Nurjaya pada 24 Mar 2010

      Ngga Juga Kok, tapi sejak amazon berkolaborasi dengan blogger saya akan mendapatkan income yang amat sangat besar

  3. Collin pada 04 Jun 2011

    Good content..


Tinggalkan Komen Anda