14Dec

Google Phone Di Pasaran US Awal Tahun 2010

Gajet, Google

Setelah kedengaran pelbagai ura-ura mengenai Google Phone sebelum ini, kini telefon bimbit pintar yang dibangunkan oleh Google ini sudah pun mula kelihatan, yang mana dikenali sebagai Nexus One. Nexus One ini menggunakan Android sebagai sistem operasi utamanya, dan akan berada di pasaran pada awal 2010.

Google Phone
Google Phone Yang Di Kenali Sebagai Nexus One

Seperti yang diketahui sebelum ini, Nexus One ini menggunakan sistem operasi Android yang dikemaskini, dengan membawakan elemen 3D pada tray aplikasi, selain fungsi mute dan kunci skrin sama seperti pada Android 2.0.1. Sama seperti telefon bimbit pertama yang menggunakan Android, Nexus One juga turut akan dikeluarkan oleh T-Mobile, dan didatangkan dengan fungsi WiFi, serta Google Navigation.

Nexus One
Nexus One Dengan Android Yang Di Kemaskini [via]

Ianya masih tidak diketahui samaada Nexus One ini akan tiba di Malaysia atau pun tidak, tetapi tahun 2010 akan memperlihatkan lebih daripada 50 telefon bimbit pintar yang menggunakan Android dikeluarkan oleh pelbagai pengeluar telefon bimbit seluruh dunia.


Chrome OS Kini Sudah Mencapai Fasa RC
Blogger Memperkenalkan Tema Mesra Peranti Mudah-Alih Untuk Semua
GMail Memperlihatkan Rekabentuk Dan Antaramuka Baru
BlackBerry AppWorld 3.0 Diperkenalkan Kepada Pengguna Beta Zone
10 Carian Popular Terhangat Sepanjang Ogos Di Google Malaysia

5 Komen

  1. Kay_amx pada 14 Dec 2009

    muahaha.. aku buat reviem pasal nie laju dari ko la Amanz.. muahah

    • aMaNz pada 14 Dec 2009

      aku exam da~ haha (alasan munasabah nie. hehe)

  2. mesticun pada 14 Dec 2009

    iphone tetap nampak hebat.

  3. RotiKaya pada 14 Dec 2009

    hardware nmpak awesome :) OS by google tu belum tahu lagi.. heh

  4. Zairi Zaidi pada 15 Dec 2009

    Wa…
    Bila nak masuk Malaysia ni?


Tinggalkan Komen Anda