22Dec

Kemaskini Rekabentuk Firefox 4.0 Di Perlihatkan

Perisian, Sumber Terbuka

Buat masa ini, mungkin umum sedia maklum yang mana Mozilla bakal memperkenalkan antaramuka yang serba bau bagi Firefox. Jikalau sebelum ini dikatakan yang mana Firefox 3.7 dan Firefox 4.0 bakal menerima antaramuka baru, kini ianya berubah apabila hanya Firefox 4.0 akan menerima perubahan tersebut.


Contoh Kedudukan Button Pada Firefox 4.0

Selepas memperlihatkan konsep awal untuk Linux dan Windows sebelum ini, kini, beberapa kemaskini rekabentuk untuk versi Windows kini diperlihatkan, yang mana lebih memberi perhatian kepada rekabentuk yang lebih kepada antaramuka Ribbon seperti pada Windows 7. Pihak Mozilla kini memberikan perhatian yang serius kepada kedudukan bar aplikasi.


Bookmark Bar Pada Firefox 4.0 Kelak

Para pengguna juga diberi kebebasan sepenuhnya untuk menentukan rekabentuk antaramuka untuk Firefox 4.0 mereka kelak. Sebagai contoh, anda boleh memilih samaada anda inginkan Bookmark Bar ataupun tidak, dan kedudukan pilihan anda untuk Bookmark Bar tersebut, samaada diatas tab, atau dibawah tab, dan sebagainya.


Perbandingan Antara Firefox 3.5 dan juga Firefox 4.0

Jikalau mengikut jadual Mozilla, Firefox 4.0 dijangkakan akan dilepaskan pada penghujung tahun 2010, dan bagi para pengguna yang tidak sabar menunggu, anda boleh mencuba antaramuka baru ini dengan memasang Strata 40 pada Firefox anda.


Office 2010 Build 4417 Di Laman Torrent
Google Chrome 4.0 Untuk Windows Di Lepaskan
TweetDeck Bakal Mendapat Pemilik Baru - UberMedia
Skype Untuk iPad Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Semua
Lakaran Mozilla B2G Diperlihatkan - Demonstrasi Platform Mudah-Alih Pada Suku Pertama 2012

21 Komen

  1. Piston Pecah pada 22 Dec 2009

    wah…lawalah….aku pon tak taw firefox bpe aku pkai nih…

  2. CypherHackz pada 22 Dec 2009

    Erk! Lambat lagi rupanya dia keluar. Ingatkan dalam awal tahun depan atau pertengahan.

  3. Azfarul pada 22 Dec 2009

    waa besnyer =)

  4. -FFF-Fighting For Fun- pada 22 Dec 2009

    Firefox memang browser paling top!!

  5. Zairi Zaidi pada 22 Dec 2009

    Lawa giler!

  6. a.halim pada 22 Dec 2009

    lambat lagi ka..ingatkan dah keluar

  7. Wan PERLIS pada 22 Dec 2009

    i love pale moon.
    tunggu aman nak post pasal pale moon

  8. azraai pada 22 Dec 2009

    tapi dlm byk2 mac punya jugak yg sleek.

  9. blogresipi pada 22 Dec 2009

    lambat lagi rupanya nak keluar.kalau keluar awal 2010 kan besh. :P

  10. Mr.Bintang pada 22 Dec 2009

    cam nak sama ngan chrome je kan? apa² apun aku pun x sabar tunggu beliau.. hahaha..

  11. azizan4444 pada 22 Dec 2009

    bole thn gak design die..tp lmbt plk nak kua..hehe…aku da lupe ff bpe aku pakai..huhuhu

  12. titan pada 22 Dec 2009

    makin lama, makin macam-macam firefox nih..

  13. LaNuN pada 22 Dec 2009

    Nti makin kuat makan RAM.Tgk je la..

  14. yanmie pada 22 Dec 2009

    wah best..cantek lah..

  15. Nine pada 22 Dec 2009

    wah tak sabar nak guna FF4 lak nanti..

    yup setuju, FF3 leh pakai add on strata 40 untuk jadi button cam tuh..lawa dah pakai..mockup pun ok gak..apa2 pun FF mmg best, google chrome 2nd even laju…:)

  16. Hafidz pada 22 Dec 2009

    Wah~ Firefox semakin meng”improve”kan antaramukanya! =)

  17. Zairul pada 23 Dec 2009

    Kena dload ni.. Lately byk pakai chrome

  18. Taufik SM pada 23 Dec 2009

    harap version ni x beratkan PC aku…

  19. mesticun pada 24 Dec 2009

    Ada nampak sikit macam opera dan chromer.

  20. Amirez pada 24 Dec 2009

    FF pun ikut jejak MS Office nampaknya :)

  21. hilmi pada 28 Dec 2009

    wooaahh…cntk ohh


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader