Lebih RM1 Juta Hilang Dalam 1,191 Kes Penipuan Internet
Sepanjang tempoh dari bulan Januari hingga Jun ini sahaja, sebanyak lebih 1,191 kes penipuan di internet telah berlaku, yang mana ianya membabitkan lebih RM1 juta. Kes penipuan ini banyak melibatkan perbankan internet, dan banyak lagi kes seumpamanya yang tidak dilaporkan oleh para pengguna.
Di Malaysia sahaja, keseluruhan transaksi internet sepanjang enam bulan pertama tahun ini bernilai lebih RM348.5 billion, yang mana melibatkan lebih kurang 50.3 juta transaksi. Jikalau dibandingkan dengan nilai RM1 juta yang dikaitkan dengan penipuan, ianya hanyalah sebanyak 0.0003 peratus sahaja, dan bukan lagi pada angka yang perlu dibimbangkan.
Untuk mengatasi masalah penipuan melalui perbankan internet ini, BNM telah mengarahkan kesemua bank menggunakan konsep menghantar nombor pin pada SMS, atau yang mana dikenali sebagai TAC, selain memastikan halaman web mereka menggunakan sijil digital dalam pengurusan kewangan online.
Via : MalaysiaKini
10 Komen
tp yg lemahnye, TAC asyik lambat smpai kt mesej.. jenuh nk menunggu..
yup btul…lebih-lebih lagi bank islam punya
TAC memang penting. kalau takde memang tak secure..
selain tu rasanya debit card maybank patut guna pin atau cap jari..
ni main sign je..
ok kot kalu nak dibandingkan dengan kehilangan wang… tp kalu boleh. cepat kan lah… wat masa sekarang antara semua Intenet Banking yang aku guna iaitu BIMB,CIMB,RHB,MAYBANK2U,BANK RAKYAT,EON BANK,AMBANK…. MAYBANK2U Is The Best… Vote For MAYBANK2U…. TAC Cepat, Load Web pun laju…
teruknya perbankan kita. hurm
setakat 2 internet banking yg aku pakai antara CIMB dan M2U, cimb ler paling teruk TAC nyer…
dah ler web dia lembab nak mampus, ntah bila ler nak berubah…
Lega rasa bukan pada tahap membimbangkan…
yeah..
maybank2u ftw!
kalau dieorang hati hati dalam online transaction tak de la rugi sampai berjuta juta.
Tiba masanya tahap keselamatan diambil berat.sikit2 esok lusa terus jadi bukit.