-
Malaysia Komited Tidak Akan Menapis Internet
Selepas pelbagai ura-ura yang Malaysia ingin memperkenalkan tapisan internet dan sebagainya, hari ini, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menggumumkan yang mana Malaysia komited untuk tidak memperkenalkan tapisan internet, dan komited pada “Net Neutrality”.
Selain daripada itu, beliau juga berkata yang mana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan mengamalkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membolehkan konsep laluan terbuka kepada pemegang-pemegang lesen telekomunikasi. Prinsip ini merujuk dimana penyedia perkhidmatan internet (ISP) perlulah bebas daripada sekatan kepada mana-mana kandungan (termasuk P2P?), laman sesawang, dan platform yang digunakan.
Selain daripada itu, beliau juga berkata yang mana tiada sebarang pembekal perkhidmatan yang memonopoli sebagai penyedia ISP di Malaysia ini. Sebelum ini, Telekom Malaysia (TM) menguasai pasaran ISP negara, namun kini P1 Wimax mendapat perhatian ramai pengguna, malah baru-baru ini dianugerahkan dengan projek kerajaan bernilai RM41.5 juta.
Pada masa yang sama, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan juga mengarahkan SKMM dan Telekom Malaysia untuk menyediakan kertas kerja berhubung cara pembekal ISP boleh menyediakan perkhidmatan internet pada kos yang lebih rendah dan dijangka akan dibentangkan pada kabinet Februari tahun depan.
Sebelum ini, Najib Razak turut telah mengatakan yang mana Malaysia tidak akan memperkenalkan sebarang tapisan pada internet, dan kekalkannya seperti sedia ada, selain baru-baru ini menyarankan kod etika untuk jurublog.
17 Komen
Trackbacks/Pingbacks
yeah!!!! gembira aku dengar info nih..yessssszaaaaaaaa….
lagi satu certain2 broadband..even stramyx pun block rapidshare…cis…
bagus la macam ni. Tiada lagi blocking2.
ada kebaikan dan keburukkannya………
apa yg dicakap bukan apa yg dibuat…
konon tak block tapi block gak…neutral sgt ler tu…
Wah bagus gila.
Alhamdulillah
Internet is for freedom, heh =P
Apakah yang mereka maksudkan dengan tidak akan menapis? Sebelum ini saya biasa mendengar yang mereka menapis laman-laman web skim cepat kaya, laman web politik dan sebagainya. Adakah ini bermakna mereka akan membuka akses kepada laman-laman web ini kembali? I don’t think so.
huh. bagus dah tak tapis. Tapi apa maksud TAPIS?
apa yang ditapis?
Kata je takkan ditapis…takkan block…dulu throttle torrent…skang rapidshare pun nak kena throttle…
ada gak sesetengah website yg feymes dah kena block…menariknya, aku tukar je dns boleh je bypass
Yahoo…………………….
Teruskan dengan projek kelajuan internet.harga bagi murah.
1Mbps RM1.20 akak setuju.
bab tapis tu aku sgt2 setuju. tapi tolong la bekalkan sambungan yang laju dan stabil (diorang dengar ke??)
padan muke TMNET ~~!~!!
P2P aku rase patut disekat lagi.
Internet malaysia akan jadi bertambah lembab kalau kaki download asyik guna P2P… abis la orang lain yg nak guna tenet..
internet malaysia masih belum mencapai tahap setanding dengan amerika walaupun akan menggunakan HSBB…jadi sekatan P2P masih perlu.
jgn kena cas lebih suda..huuhu