Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Persaingan industri jalur lebar negara kini menjadi semakin sengit, apabila penguasa pasaran jalur lebar, Telekom Malaysia (TM) kini hanya berkembang dengan perlahan iaitu hanya 6.5% untuk suku tahun ketiga yang berakhir 30 September jika dibandingkan tahun lepas yang mana sebanyak 40% untuk tempoh yang sama.

Selain daripada P1 Wimax daripada Packet One Networks, TM juga mendapat saingan hebat daripada penyedia telekomunikasi yang lain seperti Celcom, Maxis dan juga DiGi. Celcom memperlihatkan perkembangan yang amat besar, dimana sebanyak 69.9% daripada pendaftaran baru untuk jalur lebar, menggunakan Celcom Broadband. Beberapa pihak menganalisakan yang mana Celcom bakal mempunyai lebih 300,000 orang pelanggan buat masa ini.
Selain daripada Celcom yang terus berkembang, P1 Wimax juga kian mendapat perhatian, dengan beberapa teknologi yang diperkenalkan oleh mereka seperti Wiggy dan sebagainya. P1 WiMax kini mendapat perhatian pengguna di beberapa bandar utama dimana kelajuan yang ditawarkan oleh P1 adalah dikatakan lebih pantas daripada Streamyx.
Selain daripada itu, tahun hadapan bakal menyaksikan pengenalan servis baru seperti dari AsiaSpace (AMax), REDtone, dan juga YTL-E. Buat masa ini, hanya YTL-E sahaja yang belum memperkenalkan servisnya kepada umum, dimana ianya bakal memperkenalkan servis WiMax selaju 2.3GHz menjelang tahun hadapan. Untuk merealisasikannya, mereka akan membelanjakan lebih RM2.5 billion.
Pada masa yang sama, TM turut kini memperkenalkan kebolehan untuk menaik-taraf kelajuan langganan jalur lebar pada kos yang lebih murah, tetapi dengan ikatan kontrak selama 24 bulan, untuk membolehkan para pengguna setia menggunakan servis mereka.
via : StarBiz
ada satu syarikat yg baru aku tahu pasal broadband.tak terkenal sangat.melayu punye kalau tak silap aku.nanti aku ade mase aku buat review
aku akan tetap dgn streamyx. semoga streamyx akan menurunkan harga bulanan la dlm masa terdekat ni…
btw, cantik theme baru. nampak profesional!
Aku pun sokong Streamyx!
Sebab Streamyx membekalkan speed yang stabil, cume kadang2 je ade masalah dan tidak kerap bermasalah…
Kalau ada masalah pun di sesetengah kawasan kerana disebabkan gangguan atau masalah kabel.
Alhamdulilah dah lebih 10tahun aku pakai streamyx still xde masalah serius.
patutla celcom makin bengong sekarang.. rupe2nye terlalu ramai org gune.. ceh
setuju. setuju. kat kl slow gila. balik kampung aku kat kedah ok pulak.
Wah!
Tak lama lagi lingkup lah Streamyx.
Problem sana, problem sini, huh!
DiGi pun makin lama makin naik
Yang penting, WiMAX potong-potong memang Best! Superb!
The Personal and IT Blog:
http://arib2020.blogspot.com
i was about to upgrade to latest “superman” package, but realised that i need to hold on to them for the next 2 year. haha.
business trick huh.
Dari mana ko dpt data ni..
Ideapad of Omar – Blog About IT
http://ideapad92.blogspot.com
Cek the kredit kat hujung artikel. Huhu~
Streamyx akan terus maju tidak lama lagi sebab HSBB akan dilancarkan tidak lama lagi.
Kemungkinan syarikat ISP lain tidak dapat lawan speed yang stabil yang dibekalkan oleh Streamyx.
P1 pun bukan 100% bagus, sebab Wireless ni bukannya 100% stabil.
Serahkan kepada yang pakar.
Bukan bergantung kepada yang masih baru dan tidak berpengalaman.
http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/spektrum/Article/index_html check this out
Kat Kelantan tgh hangat dgn Aptus Net => http://www.aktechpage.com/internet/aptus-net-broadband-untuk-org-kelantan/
Tetapi harap2 persaingan Broadband ini membawa kebaikan kepada pengguna di Malaysia agar harga akan lebih murah dan pakej speed akan lebih laju…
Kalo better drpd Singapore dan no.1 di Asia Tenggara (Sekarang ni no. 6 kan)
takat ni celcom 3g aku takde problem
tapi tak kiralah apa broadband pun akan datang, kalau rumah aku ada line telefon, aku akan pilih streamyx tanpa berfikir panjang
sebab..? ada benda yang bole buat kat streamyx tak mungkin bole buat kat mana mana isp (berasaskan wireless) lain
tak tahu la kaan..masa masa akan datang lain plak
HSBB next year?
apa pun, buat masa ni.. stimix di hati ahh.. hohohoho
streamyx mmg dhati,tp nk upgrade 4mb xsupport,
technician tu soh tunggu taon depan,10mb nyer..zzz