23Dec

Maxis Menyokong Sehingga 21Mbps Dengan HSPA+

Lain-lain

Dengan persaingan yang berlaku antara penyedia jalur lebar tempatan, terutama antara Streamyx dan juga P1 WiMax, pelbagai penyedia lain yang sering dilupakan. Kini, Maxis ingin mendapatkan perhatian semula, apabila hari ini menjadi syarikat komunikasi tempatan pertama yang laksanakan dan gunakan teknologi HSPA+.

HSPA+ ataupun yang mana dikenali sebagai High-Speed Pocket Access+, ianya membolehkan Maxis menyediakan rangkaian jalur lebar tanpa wayar yang mana menyokong kelajuan rangkaian padar kadar maksimum pada 21Mbps. Walaubagaimanapun, seperti diketahui umum, ianya sukar untuk mencapai tahap maksimum, dan pengguna boleh mengharap kelajuan pada kadar antara 10Mbps sehingga 15Mbps dengan liputan yang baik. Ini sekaligus menjadikan kelajuan berganda apabila dibandingkan dengan kadar semasa yang ditawarkan buat masa ini di beberapa kawasan tertentu.

HSPA+ ini sudah boleh digunakan oleh pengguna beberapa kawasan, dan dijangka akan dapat digunakan secara meluas oleh para pengguna menjelang tahun hadapan. Pengembangan liputan HSPA+ di Malaysia akan dilakukan secara berfasa oleh Maxis, bermula daripada Disember 2009 ini sehingga mencapai liputan penuh pada tahun 2011 kelak.


Kuantan Bakal Di Lengkapi Infrastruktur HSBB
Kadar Muat-Turun Sehingga 104 MBps Melalui LTE
Ketahui Segalanya Berkaitan #AmanzRewards
Faces.my Bakal Dilancarkan Pada Bulan November Kelak
Perjumpaan Mozilla Malaysia Bakal Diadakan Di BarCampKL

16 Komen

  1. paeh pada 23 Dec 2009

    hebat betoi maxis. harap servis dorang bgs pasni… rangkain lebih meluas setanding celcom…

  2. Taufik SM pada 23 Dec 2009

    biasanye ISP wireless ni banyak masalah terutamanya….. selalu disconnect ….

    x tahu la maxis ni bagus ke tak..wait and see …

  3. MakLaN pada 23 Dec 2009

    Harap penawaran boleh menampungi permintaan.

  4. Omar pada 23 Dec 2009

    diorang nak lawan dgn TMNET HSBB nih…

  5. RotiKaya pada 23 Dec 2009

    sweet :) kalau dapat 1/5 dr yg dijanjikan pun da sedap sgt da tu.. heh

  6. Xun Exnano pada 23 Dec 2009

    huhu. mesti diorang prepare untuk aku gune iPhone nanti ni. tau2 je takut kene marah ngn aku nnt. haha.

  7. Anarm pada 23 Dec 2009

    maxis hebat!!

  8. finalcross pada 23 Dec 2009

    hangat2 je ni…yg pasti servis akan hampeh cam celcom gak. nak menarik minat mmg la promosi gile2. da ramai user,down abis…

  9. senok pada 23 Dec 2009

    stakat aku pakai maxis bb nie, mmg takde masalah…

  10. bdkbaik pada 23 Dec 2009

    menarik btol…
    tapi harge diharapkan berpatutan la….

  11. Hamdi pada 23 Dec 2009

    aku penah guna
    speed sampai 5.54mbps

  12. abrablog pada 24 Dec 2009

    yeke? esok aku gi tanya aa..

  13. deennasour pada 24 Dec 2009

    mesti mahal bayaran bulanan. confirm!!

  14. junkies pada 24 Dec 2009

    servis maxis bagus, laju sgt ditempat aku. kalu 3.5G tuh memang aku leh dapat 80% speed bebanding penyedia perkhidmatan yang lain. tp tu lah. mahal sikit arh pakage dia bebanding celcom.

  15. mesticun pada 24 Dec 2009

    Betul ke ni.laju sangat ke berbanding penyedia jalur lebar lain.
    harga pula bagaimana.jangan mahal sudahlah.


Tinggalkan Komen Anda