17Dec

Melayari Laman Web Menggunakan Google Cache

Uncategorized

Sudah menjadi lumrah bagi para pengguna internet apabila melayari sesuatu laman web, tiba-tiba laman tersebut tidak dapat dibuka mungkin disebabkan oleh pelayan laman tersebut tidak beroperasi buat seketika waktu dan sebagainya. Namun, anda masih boleh membuka laman tersebut dengan beberapa cara.

Bagi pengguna FireFox, mereka mungkin anda dapat menggunakan addon yang bernama G-Cache. Bagi mereka yang tidak menggunakan FireFox, mungkin mereka boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan sendiri oleh Google, iaitu Google Cache.

Untuk membuka laman web yang tidak dapat diakses itu, anda hanya perlu ikuti langkah-langkah mudah yang berikut melalui Google Cache:

Google Cache

  1. Salin URL laman web yang tidak dapat dibuka tersebut.
  2. Buka laman web Google.com dalam tab yang berlainan dan tulis pada kotak carian dalam format berikut
    cache:http://www.example.com/content
  3. Sebaik sahaja anda klik pada butang ‘search’, anda akan dapat melihat salinan “cache” yang di’host’kan pada google server.

Tetapi sekiranya anda menggunakan Mozilla Firefox, anda boleh memudahkan segala proses ini dengan penggunaan plugin yang bernama GCache. Anda hanya perlu memasangnya pada pelayar web Firefox anda, dan dengan mudah anda sudah boleh melayari laman web menggunakan Google Cache.

Ditulis oleh Kay


Video Uploder Beta Yang Lebih Menarik di YouTube
Google Chrome 0.3.154.0 Boleh Di Muat Turun.
Chrome 4.0 Beta Di Datangkan Bersama Bookmark Sync
Internet Explorer 10 Bakal Disokong Selama 10 Tahun
(Videografik) Bolehkah Google+ Mengatasi Populariti Facebook?

9 Komen

  1. Qubezo pada 17 Dec 2009

    Biasanya orang refresh je. Thanks for the share ;)

    • aMaNz pada 17 Dec 2009

      kalo server down atau web tersebut sudah dipadam, kengkadang refresh pun tak berguna, time tue Google Cache ini amat berguna. Hoho~

  2. Mr.Bintang pada 17 Dec 2009

    dulu pernah buat mcm ni masa database kehilangan data… sib baik pakcik google ada simpan cache.. leh sedut balik.. ekekekeke..

  3. mohdisa pada 17 Dec 2009

    oic, cam ni rupanya. aku pun baru tahu. hehe, thanks bro. :)

    • kay_amx pada 17 Dec 2009

      “bro”? Minggu depan nak ambil result PMR la..

  4. mrkay pada 17 Dec 2009

    fuh.. wujud lagi sorg kay *takde kaitan dgn artikel*

  5. mesticun pada 18 Dec 2009

    kalau internet terputus bagaimana.

  6. gigikuku pada 09 Jun 2010

    kalau terputus sambung la balik, guna selotape..wah


Trackbacks/Pingbacks

  1. Tips : Atasi Sekatan Ke Laman Web | Komputer.my

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader