18Dec

Memendekkan URL Menggunakan Goo.gl

Google

Seperti dikatakan sebelum ini, Google telah memperkenalkan servis ringkasan URL atau pemendek URL tersendiri menggunakan domain Goo.gl. Sebelum ini, dikatakan bahawa pemendek URL goo.gl hanya boleh digunakan melalui Google Toolbar dan Feedburner sahaja, tetapi dalam artikel ini, saya ingin menunjukkan cara-cara untuk menggunakan pemendek URL dari Google ini.

Sekiranya anda merupakan pengguna Google Chrome, iaitu pelayar web daripada Google, anda boleh memasang extension untuk Chrome dengan syarat anda menggunakan Google Chrome versi beta yang terkini yang mana membawakan sokongan extension. Anda boleh download Google Chrome beta melalui laman rasmi Google Chrome secara percuma dan memasang extension pemendek URL Goo.gl dengan hanya beberapa klik sahaja.

Selepas anda memasang extension tersebut pada Google Chrome anda, anda akan mendapati yang mana terdapatnya butang kecil seperti pada dalam paparan di bawah ini. Sekiranya anda ingin memendekkan URL halaman web yang anda lawati dalam Chrome ketika itu, anda hanya perlu tekan butang tersebut dan Google Chrome akan memendekkan URL itu secara automatik dan memberi anda dua pilihan sama ada untuk tweet URL tersebut ataupun simpannya di dalam clipboard anda. Sekiranya anda memilih untuk tweet, Chrome akan membuka satu lagi tab baru dan membawa anda ke page twitter anda. Ringkas bukan!

chrome
Memendekkan URL Dengan Mudah Pada Chrome

Sekiranya anda tidak mahu menaik taraf Google Chrome anda atau menggunakan pelayar web yang berlainan seperti Firefox, Safari, Opera mahupun Internet Explorer, anda boleh menggunakan khidmat pemendek URL Goo.gl melalui laman pihak ketiga iaitu GaiGalas. Antara muka ringkas laman ini tidak memerlukan penerangan lanjut untuk menggunakannya. Anda hanya perlu isikan URL yang anda ingin pendekkan beserta dengan “http://” dan seterusnya klik pada butang “Shorten”
.
capture4
Isikan URL Yang Ingin Di Pendekkan

capture1
URL Ringkas Goo.gl Di Berikan

Industri khidmat meringkaskan URL kini menjadi tepu, dan cabaran antara Google, Facebook dan Bit.ly semakin sengit apabila Google dan Facebook menyertai dalam khidmat meringkaskan URL pada awal minggu ini.

Artikel ini ditulis oleh Life4Hire. Layari laman blog beliau ataupun ikuti beliau di Twitter atau di Facebook


Analytics Memperkenalkan Fungsi-Fungsi Baru
GMail Labs Memperkenalkan Multiple Inboxes
Pemain Video Baru Di YouTube
Google Memperlihatkan Waktu Solat Pada Keputusan Carian
Jenama Blogger Dan Picasa Akan Ditamatkan Google

6 Komen

  1. iskandar pada 18 Dec 2009

    awesome <3

  2. Putera pada 18 Dec 2009

    huhu.. makin menarik..
    senang ckit nak pendekkan URL..huhu

  3. mesticun pada 18 Dec 2009

    Lebih pendek.memudahkan pengguna.

  4. hydir pada 20 Dec 2009

    dah selamat install pada chrome

  5. Taufik SM pada 21 Dec 2009

    sayang google. pencapaian didahulukan , pelawat internet diutamakan. haha

  6. gigikuku pada 09 Jun 2010

    abes nak kena igt laman web y dah dipendek kan la?..mcam pelik je kod2 tu…huhu


Tinggalkan Komen Anda