• MyBlogLog Bakal Di Tutup Bulan Hadapan?

    Setelah lima tahun beroperasi, kini dikatakan widget yang digunakan ramai, MyBlogLog akan dihentikan oleh Yahoo! pada bulan Januari kelak. Ura-ura ini dikatakan kedengaran daripada beberapa pihak yang terlibat dalam projek tersebut, namun tiada sebarang berita rasmi dari pihak Yahoo!.

    MyBlogLog merupakan salah satu servis yang membolehkan para pengguna mengetahui para pembaca blog mereka pada sesuatu masa. MyBlogLog yang dimulakan lima tahun yang lalu, dibeli oleh Yahoo! pada Januari 2007 pada harga lebih kurang USD$20 juta, dan kini dikatakan beberapa ura-ura yang dikatakan Yahoo! bakal menutup servis tersebut dalam masa terdekat ini.

    Ianya juga boleh dikatakan sebagai antara aplikasi terawal yang dikhaskan untuk para jurublog diseluruh dunia. Sebelum ini, Yahoo! juga pernah menutup beberapa servis yang telah dibeli oleh mereka, seperti GeoCities dan sebagainya. Malah, sejak Yahoo! membeli MyBlogLog, pembangunan laman tersebut juga tampak kurang menyerlah berbanding sebelumnya. Walaubagaimanapun, sama-sama kita nantikan berita rasmi daripada pihak Yahoo!

15 Komen

  1. Hamdi on 23 Dec 2009

    asal nak jual ohh?
    rugi aaaa

    • mrkay on 23 Dec 2009

      jual? tutup la. bukan jual :p

    • HOT ZOOM on 23 Dec 2009

      Alamak…………betul ke?

      MyBloglog banyak membantu meningkatkan hits traffic blog aku.
      Kalau kena tutup merosot la pengunjung blog aku.

      Huk….huk…huk

  2. mrkay on 23 Dec 2009

    fuh. aku baru terfikir nak buat yg seakan2 mybloglog dan improvekan sikit. tp dia dah nak tutup. haha. tp ntah bila aku ada masa utk develop benda tu :p

  3. Mr.Bintang on 23 Dec 2009

    bnyk nye ‘dikatakan’.. heehe..

    erm.. x tau nk ckp pe la.. tngk la bulan depan.. hohoho..

  4. Daus on 23 Dec 2009

    apasal lak tutup… huhu… apadaa Yahoo ni…

  5. abrablog on 23 Dec 2009

    ala, jual aje kat company malaysia..

  6. Zairi Zaidi on 23 Dec 2009

    Pasni aku nak pakai pa…

  7. Taufik SM on 23 Dec 2009

    mungkin ade hikmah disebalinye….

    apapun kita x leh halang sebab kita x bayar sesen pun pada yahoo dan mybloglog
    ye dok… haha

  8. Hafidz on 24 Dec 2009

    Mungkinkah Yahoo pula akan ditutup? Sapa tau… huhuhu =P

  9. Dak Wan on 24 Dec 2009

    Yahoo sedang dipaksa oleh Microsoft utk di takeover secara halus. So, yahoo nak spin-off mana-mana divisyen dia yg berbaloi utk di bangunkan semula.

  10. mesticun on 24 Dec 2009

    Mybloglog sebenar bagus untuk meningkat trafik blog.
    lepas ni nak pakai apa.tak facebook pula.

  11. Anarm on 24 Dec 2009

    alaa.. ni yg xbest ni..

  12. abdfatah on 27 Dec 2009

    apesal dia beli lepas tu dia tutup? macam pelik laa kalo jadi camgitu?

    asal beli aje pastu tutup… naya woooo

  13. abdfatah on 27 Dec 2009

    jom kita pakat beli mybloglog. sapo nak bid??


Tinggalkan Komen Anda