Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Walaupun MySpace dan Facebook merupakan pesaing dalam dunia laman sosial, kini, beberapa ura-ura mengatakan yang mana kelak anda dapat menggunakan laman MySpace dengan menggunakan akaun Facebook anda, apabila kelak MySpace mengintegrasikan fungsi Facebook Connect pada laman mereka.
Laman Inside Facebook melaporkan yang mana mungkin pada suku tahun pertama 2010, MySpace bakal mengintegrasikan fungsi Facebook Connect pada laman mereka, dimana sekaligus memudahkan para pengguna Facebook menggunakan laman mereka dengan mudah tanpa perlu pendaftaran baru.

Penggunaan Facebook Connect Pada Laman FeedMalaya
Akhir-akhir ini, MySpace mengalami penurunan penggunaan apabila ramai pengguna beralih ke laman Facebook, sekaligus kini menjadikan Facebook laman sosial terkemuka didunia, selain menjadi laman yang paling banyak dikunjungi di Malaysia. Dengan pengintegrasian ini, MySpace menjangkakan yang mana mereka akan menerima lebih banyak kunjungan daripada pengguna Facebook yang inginkan hiburan dan sebagainya.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
boleh tahan ke myspace nih?
cuba tgk nih.
haha
http://i.imgur.com/DS72t.jpg
ko ni lambat la bro.. dah nak 2 minggu ada kat ohtidak.com .. hehe
tu la psl
biar betul pengasas Myspace ade FB profile. hahahaahhah.
lame aku tak bukak myspace..huhu
@khai xpe… biar lambat asal selamat
facebook da jadi mcm web social induk la pula. Semua nak connect ngan dia.. haha..
Makin ramai lebih Facebook.
Makin ramai orang guna Facebook.lebih ramai lebih banyak duit masuk.