03Dec

Naik Taraf Pakej Streamyx Pada Kadar Istimewa

Lain-lain

Sebagai langkah pertama untuk memperkenalkan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB), Telekom Malaysia (TM) mengambil langkah pertama dengan memperkenalkan promosi Super Upgrade Deal untuk para pengguna Streamyx, dimana potongan istimewa diberikan untuk menaik-taraf kelajuan Internet.

Promosi khas yang diadakan hanya sehingga 31 Disember ini hanya disediakan untuk pengguna Streamyx sedia ada yang telah melanggan servis Streamyx untuk lebih daripada setahun sahaja. Melalui promosi ini, para pelanggan dapat menjimatkan kos berlebihan tanpa perlu membayar yuran langganan berlebihan untuk 4 bulan yang pertama.

Walaubagaimanapun, bermula bulan kelima keatas, para pelanggan akan dikenakan kenaikan yuran langganan serendah RM5, bergantung kepada pakej yang dilanggan. Pada masa yang sama, para pelanggan juga dikehendaki untuk menggunakan servis yang dinaik-taraf ini untuk sekurang-kurangnya 24 bulan.

Sebelum ini, para pengguna baru yang mendaftar menggunakan Streamyx dilihat berkurangan, disamping pada masa yang sama Streamyx sedang dalam usaha untuk memperkenalkan jalur lebar berkelajuan tinggi menjelang tahun 2010, dimana beberapa kawasan sedang diuji buat masa ini.


Mark Zuckerberg Di Pilih Individu Tahunan Oleh Times
Salamfone Turut Sama Menawarkan Perkhidmatan Internet Mudah-Alih
AmanzRewards : Terima Kasih DenaiHati.com
AmanzRewards: Terima Kasih Evenesis
Dua Pakej UniFi Baru Diperkenalkan Untuk Perniagaan Pada Harga Lebih Murah

16 Komen

  1. Roslan Nazri pada 03 Dec 2009

    hehe bagus2…em lame dah ni dia iklan kan..hehe..ko mane pakai steamix kan? huhu

  2. Adney pada 03 Dec 2009

    selamat tinggal TM..

  3. Mazudi pada 03 Dec 2009

    thanx for the info bro.
    Nak upgrade aa.

  4. aktechpage.com pada 03 Dec 2009

    hmmmm….kalo lepas upgrade speed sama je dgn sblm ni…
    kalo downgrade balik kena charge ke??

  5. greenman pada 03 Dec 2009

    Walau bagaima pun di Malaysia ni caj internet masih mahal dan kelajuan masih rendah jika di bandingkan dengan negara membangun lain. internet juga masih dimonopoli oleh syarikat2 tertentu. sampai bila internet malaysia akan dimonopoli oleh ……..?

  6. delang pada 03 Dec 2009

    byk btol syarat, kontrak 2thn tu xtahan..hahahah

  7. Sweet Thinker pada 03 Dec 2009

    mmg le. kontrak 2 thn yg wat akoo bengang walau akoo guna pakej 512 bertaun2 dah. Sabtu nie upgrade pakej je la. 1mbps unlimited rm66 (4bln petame). pastu 20 bulan rm71. cisss. mahal giler. abes duit akoo 30!

  8. Jibam pada 03 Dec 2009

    Syarat kontrek 2 tahun sebab tak konfident dengan servis yg diberi. Kalau servis bagus tak perlu kontrek 2 tahun sebab orang raman tak akan POTONG. Aku dah POTONG…..

  9. zuwairiaiman pada 04 Dec 2009

    bagusla.. ramai komplen streamyx sucks kan..

  10. LaNuN pada 04 Dec 2009

    xyah ssh..aku hack org punye je..snang cite..

  11. Zairi Zaidi pada 04 Dec 2009

    Saya dulu pakai pakej limited rm44/60 jam. (512 kbps)
    Dah tak tahan nak kawal, nak ambik unlimited.
    Pastu pi TMPoint cakap nak tukar unlimited.
    Dia tanya nak rm60 ke, saya jawab je ye. (tak tahu apa2)
    Last2 rupanya dia bagi pakej rm60 wifi 384 kbps..
    Alamatnya semakin slow lah jawabnya

  12. Wizurai pada 04 Dec 2009

    operasi TM bagi mengelakkan pelanggan lari ke provider lain… hoho!

  13. Zik pada 04 Dec 2009

    InsyaAllah kalau dorunk buat betul2 takda la slow2 lg. jgn la sekadar cakap. walaupun aku berpuas hati dgn streamyx yg ada sekarang.

  14. perawi pada 05 Dec 2009

    kalau extreme downloader boleh ler guna streamyx……kalu setakat nak layari web site n dll better pakai broadband…apapun kelajuan internet di malaysia masih di tahap yg tidak membanggakan dengan bayaran yg agak mahal (negara membangun lain harga sederhana tahap kelajuan amat baik)

  15. tok_muda1989 pada 28 Dec 2009

    walau apa-apa pon TM tetap dihatiku…. hahahaha

  16. stickmyx pada 31 Jan 2012

    kalau nk laju, subscribed ke 4mbps… nk lagi laju jump to unifi !!! mengenai harga langganan tm stremyx ni.. memang lah di kira masih mahal berbanding dengan negara lain. nak kira lagi dari segi tangga ke berapa dalam dunia mengenai kelajuan internet di malaysia ni.. tak tau le ada tak masok dalam top 100.apa-apa pun susah nak buat pilihan, pilihan kita rakyat malaysia tersangat lah LIMITED edition..


Tinggalkan Komen Anda