12Dec

Najib Menyarankan Kod Etika Untuk JuruBlog

Web 2.0

Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini melalui laman blog miliknya, SatuMalaysia.com.my telah pun menyarankan kepada para penulis blog di Malaysia supaya menjadikan Kod Etika Blogger sebagai satu garis panduan ketika menulis blog.

Beliau yang kini mengambil berat dengan media baru yang banyak menggunakan blog untuk menyampaikan berita semasa, mendapati yang mana kod etika yang dikeluarkan oleh CyberJournalist adalah menarik, dan sesuai untuk diadaptasikan oleh para penulis blog tanah air.

Melaluinya, para penulis blog perlulah;

  • Jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menyampaikan maklumat.
  • Tidak memplagiat atau mencuri hasil tulisan orang lain.
  • Memastikan informasi yang disampaikan adalah tepat sebelum ditulis dan disampaikan kepada para pembaca.
  • Mengetahui kesilapan, dan sedia membetulkannya dengan pantas.
  • Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenai dengan blog berkenaan kepada orang ramai.
  • Memberitahu sebarang agenda, kerjasama, dan aktiviti dengan pihak lain.

Rasanya, ini bukan sahaja perlu diadaptasi oleh hanya penulis blog, tetapi turut diimplimentasikan oleh para wartawan dan media diluar sana. Mungkin tahun 2010 menjadi tahun besar kepada para penulis blog di Malaysia kelak.


IdeaBuzz Membawakan Video Baru Setiap Isnin
TableFour.us Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi
Faces Bakal Memperkenalkan Sokongan Dashboard Baru Yang Lebih Kemas
WutMedia Memberikan Fokus Penuh Untuk Penerbitan Digital Sepanjang 2012
Pengguna MegaUpload Bercadang Ingin Menyaman Pihak FBI

19 Komen

  1. Zairi Zaidi pada 12 Dec 2009

    Yep… Bagus ni

  2. mohdisa pada 12 Dec 2009

    bagus, kod etika yang perlu kita laksanakan. jgn mencari keuntungan semata-mata dan menyebarkan fitnah. saya sokong.

  3. Dakjaat pada 12 Dec 2009

    saya sokong.. tapi bloggers pembangkang tu ade ke nak dengar saranan najib? mereka tetap liar dan buas dan mereka menggunakan undang2 rimba …

  4. amanz.co.cc pada 13 Dec 2009

    rasenya sume tu kita tak perlu blajar. sume dah implementasi kot..

  5. khai pada 13 Dec 2009

    woot.. Nice.. Aku ingat pemimpin2 kita ni tak kenal blog.. Dah lama buat boodooooooo je apa yg jadi kat internet ni. Akhirnya bertindak juga. Hehehe..

  6. esanstudio.net pada 13 Dec 2009

    YEH!!! GOOD.

    beretika macam penulis artikel nih!..
    thanks.

  7. adi pada 13 Dec 2009

    dah lama pakai kod etika ini..

  8. safwan pada 13 Dec 2009

    Kadang-kadang bagus jugak Najib ni ye. Hehe

  9. aspirez pada 13 Dec 2009

    Bagus dari segi idea, cuma pelaksanaannya je jadi soalan. Apa-apapun perlu peraturan seperti juga dalam beragama. cheers.

  10. zool pada 13 Dec 2009

    Hm.. takut gak ni..
    kengkadang langgau etika. tang plagiat tu..
    :)

  11. zuwairiaiman pada 13 Dec 2009

    i follow~

  12. NoktahHitam pada 14 Dec 2009

    Aku heran, kenape mende obvious mcm ni pon nak keje cakap? Ini patutnya bukan keje Najib, tp keje Menteri die. Najib lebih baik pikirkan masalah perumahan, kemiskinan, ekonomi.. jgn sibuk2 dgn hal remeh ni. Buang karan.

  13. mesticun pada 14 Dec 2009

    awal2 benda diberitahu.baru sekarang beritahu buat.
    blog pun ada perasaan juga.

  14. abrablog pada 14 Dec 2009

    akhirnya, ada juga perubahan..

  15. pemuda harapan 1malaysia pada 15 Dec 2009

    etika konon…….BUNUH altantuya…..kalau tak bunuh kenapa tak nak saman wartawan dunia..? takut kaaaa? NAJIB ALTANTUYA AL MONGOLIA D C4

  16. Dak Wan pada 17 Dec 2009

    Yup, kod etika yang diguna pakai oleh persatuan wartawan cyber sedunia. http://www.cyberjournalist.net/a-bloggers-code-of-ethics


Trackbacks/Pingbacks

  1. Perdana Menteri sarankan Kod Etika Blogger
  2. AzmanIshak.Com » ISU: Aduka Taruna – Dimana silap kita sebagai penulis
  3. Beza bloggers dan wartawan | Puadede.Com

Tinggalkan Komen Anda