08Dec

Offline GMail Di Perkenalkan Oleh Google Kepada Semua

Google

Ianya sudah hampir setahun Google melancarkan Offline GMail pada GMail Labs, dimana membolehkan anda menggunakan GMail tanpa sambungan internet dengan mudah, dan menariknya fungsi tersebut hari ini diperkenalkan kepada semua pada GMail, dimana tidak lagi perlu aktifkannya di GMail Labs.

Selain daripada menyelesaikan beberapa masalah yang dikenal pasti pada Offline GMail di GMail Labs tempoh hari, pihak GMail juga turut sama membawakan sokongan untuk memilih mesej mana yang ingin disimpan secara tanpa talian, serta kebolehan untuk menghantar fail attachement ketika luar talian.

Offline GMail banyak digunakan oleh para pengguna Google Apps sebagai ganti kepada klien emel desktop yang sedia ada, dan dengan pengenalan fungsi ini secara terbuka, ianya lebih memudahkan para pengguna menggunakannya. Melaluinya, GMail dapat digunakan diluar talian dengan mudah, dan segala mesej anda akan dihantar dan diterima sebaik sahaja anda online.

Untuk membolehkan fungsi ini pada komputer anda, anda hanya perlu membuat beberapa langkah mudah sahaja, iaitu:

  1. Klik pada “Settings” pada bucu kanan GMail.
  2. Klik pada tab “Offline”
  3. Pilih “Enable Offline Mail for this computer”.
  4. Klik pada “Save Changes” dan ikuti arahan lanjut dari sana

GMail Memudahkan Penggunaan Label
Ikon Baru Chrome WebStore Mula Kelihatan
Angry Birds Untuk Windows Phone Dilancarkan
Ice Cream Sandwich Bakal Dilancarkan Sekitar Oktober Atau November Ini
Google Melalui Chromium Turut Mula Menghalang Sijil Yang Dikeluarkan Digicert Malaysia

9 Komen

  1. paeh pada 08 Dec 2009

    tanx. nnt aku try. pasti senang pasni

  2. Daus pada 08 Dec 2009

    Thanks Amaznz…

  3. rokal pada 08 Dec 2009

    wah hebat! saya mesti pilih!

  4. Eriyza pada 08 Dec 2009

    Ok, nanti nak cuba.
    Tq.

  5. mesticun pada 08 Dec 2009

    Gmail sahaja ada fungsi ni.

  6. alone pada 09 Dec 2009

    mudah2. trimas! =p

  7. zuwairiaiman pada 09 Dec 2009

    gmail banyk membantu saya.. saya mesti pilih

  8. tontolou pada 09 Dec 2009

    Gmail offline telah memudahkan tugas harian saya, kini saya sudah tidak memandang pembekal email yang lain.. mmmmmm. saya gemar gmail. ~saya mesti pilih!

  9. Alon pada 17 Dec 2009

    aku tak paham la..Offline GMail ? maksudnya kalau tak ada internet boleh bukak ke ?


Tinggalkan Komen Anda