21Dec

Opera 10.5 Membawakan Pelbagai Fungsi Baru

Perisian

Walaupun sebelum ini diumumkan yang mana Pra-Alpha Opera 10.5 akan dilepaskan kepada umum pada hari Selasa ini, iaitu 22 Disember 2009, kini beberapa laman menyediakan muat-turun untuk Pra-Alpha Opera 10.5, yang mana membawakan beberapa fungsi serba baru dalam pelayar web Opera.


Kebolehan Private Browsing Melalui Tab [via]

Buat masa ini, enjin JavaScript baru Opera, Carakan masih lagi belum diintegrasikan, dan berkemungkinan besar, versi yang akan dilepaskan pada hari Selasa kelak mungkin berlainan dengan versi yang kini terdapat di internet buat masa ini. Tetapi, ianya sudah pun memperlihatkan beberapa fungsi baru yang akan diperkenalkan kelak pada Opera 10.5 seperti;

  • Pelayaran Peribadi (Private Browsing) – Jikalau pelayar web seperti Firefox dan Chrome membolehkan anda membuat pelayaran peribadi dengan membuka tetingkap yang baru, kini Opera menetapkan standard baru, apabila membolehkan pelayaran peribadi dengan hanya membuka tab baru sahaja, dan semua data pelayaran anda tidak akan disimpan dan akan dipadam sepenuhnya sebaik sahaja anda menutup tab tersebut.
  • Integrasi Dengan Windows 7 – Opera kini mengintegrasi sepenuhnya bersama Windows 7, dan mempergunakan sepenuhnya kelebihan Superbar, dan memperlihatkan thumbnail halaman web, sama seperti pelayar web yang lain.
  • Antaramuka Yang Di Perbaharui Antaramuka dan rekabentuk Opera 10.5 kini diperkemaskan serba sedikit, yang mana lebih senang dan mudah digunakan.


Antaramuka Opera 10.5 Yang Di Perkemaskan [via]

Walaubagaimanapun, pihak Opera sendiri meminta para pengguna supaya menunggu sehingga hari Selasa, supaya mengelakkan komputer daripada diancam dengan Trojan dan perkara-perkara yang tidak diingini.

Pra-Alpha Opera 10.5 Membawakan Pelbagai Fungsi Baru ditulis oleh @AmanFirdaus di blog Amanz


RIM Sedang Membangunkan Perisian Untuk Menyokong Aplikasi Android?
Firefox 5 Dilancarkan Secara Rasmi Oleh Mozilla
Nokia Bakal Melepaskan Kemaskini Symbian Belle Dua Hari Lagi?
Aplikasi iOS Amanz.my Dikemaskini - Masalah Perisian Diatasi
Mozilla Boot-To-Gecko Diperlihatkan Dengan Lebih Dekat

10 Komen

  1. Qubezo pada 21 Dec 2009

    Bagaimana dengan speed dia?

  2. Taufik SM pada 21 Dec 2009

    apapun aku lebih suka google chrome. aku pakai line 3g pun laju surf.

    opera kurang makan RAM tapi lambat surf …

    apapun, nice artikel, aman

  3. watie pada 21 Dec 2009

    nice info tapi ahkak nie x berapa nak pandai IT guna jek apa yg ada hahaha

  4. en_me pada 21 Dec 2009

    firefox so far oke jerrr.. ehehe

  5. blogresipi pada 21 Dec 2009

    Dulu popular jugak Opera ni kan.

  6. ramzy0 pada 22 Dec 2009

    waah, udah ada private browsing feature. best tu. gue kan opera-die-hard-fans lol

  7. hilmi pada 22 Dec 2009

    ehehe… aku da donlod da… ade function Full Screen skali.. best tul!

  8. Zairi Zaidi pada 22 Dec 2009

    Ku tetap setia pada firefox!

  9. mesticun pada 22 Dec 2009

    Ada perubahan sikit.

  10. Mus pada 29 Dec 2009

    mcm best jer.. aku tak pernah guna opera ni!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader