Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Syarikat WiMax terkemuka di Malaysia, Packet One (P1) telah pun dianugerahkan dengan sebuah projek kerajaan yang bernilai lebih RM41.5 juta dalam membawakan sambungan jalur-lebar 4G kepada beberapa kawasan pedalaman di Malaysia, selain membangunkan pusat komuniti di sana.
Melalui projek ini, P1 WiMax akan menyediakan sambungan 4G WiMax di negeri Perak dan Kedah, dimana mereka akan menyediakan sambungan jalur lebar ke kawasan perumahan, serta membangunkan dan menguruskan pusat komuniti internet di kawasan-kawasan berkenaan. Sebelum ini, P1 pernah membangunkan pusat komuniti di Felda Chini Timur, Pahang, yang mana menjadi pusat komuniti internet yang pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi 4G WiMax.
Melalui projek dan tender ini, SKMM berharap untuk menyediakan jalur lebar yang berkualiti untuk semua, selain mencapai matlamat penembusan jalur lebar sebanyak 50% menjelang akhir tahun 2010 kelak.
[Via : MIS-Asia]
12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Syabas P1. Kekalkan prestasi. Jangan nanti tenggelam lena dengan tender kerajaan.
Di sabah & sarawak xda ke?
patut ade kan kat srwk nagn sbh sebab kasi oeluang kat org pedalaman
kan kat sabah dan sarawak dikhususkan untuk redtone bangunkan prasarana internet..p1wimax dapat semenanjung pun cukup bagus..
haah… patutnya sabah & sarawak lah… sabah & sarawak macam dianak tirikan plak… diaorang pun ada bayar cukai jugak aper…
aik fokus kat pendalaman? kat bandar pun tak settle lagi (hu3)
apa salahnya fokus kat pedalaman pun? bandar bukannya xder internet langsung..so apa salahnya dia bangunkan pedalaman…kena ada kesamarataan..baru betull..
seremban pun x dtg2 lg p1 nie..
Felda Chini pun dah ade wimax?? PErgh…
Felda aku bile plak…
Cam tak caya je kampung aku ada wimax.. idup chini…. hehe
wah, makin meningkatlah pengguna wimax nnt. aku pun perlu bertukar nnt ni. huhu
huuiishh..aku seakan bermimpi la kalo aku balik kampung time raya nnt modem p1 aku berwarna biru LED diaa..xyah gune dial up lagi.hahaha