15Dec

P1 WiMax Di Sabah Sarawak Menjelang Julai 2010

Lain-lain

Penyedia WiMax terkemuka negara, P1 WiMax hari ini mengumumkan yang mana mereka menjangkakan untuk melancarkan perkhidmatan WiMax mereka di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak menjelang pertengahan 2010, atau lebih tepat lagi pada bulan Julai 2010.

Buat masa ini, Packet One telah mengenal pasti lebih 48 tapak untuk melaksanakan rancangan ini pada tahun 2010, dan lebih 58 tapak lagi akan diberikan perhatian pada 2011. Antara tapak-tapak yang akan mendapat perhatian awal, termasuklah Kota Kniabalu, Sandakan, dan juga bahagian Tawau. Sekiranya mendapat sambutan dan permintaan, perkhidmatan P1 WiMax juga akan diperkenalkan di kawasan luar bandar yang lain.

Sejak P1 WiMax diperkenalkan pada bulan Ogos tahun lepas, mereka telah mendapat lebih daripada 120,000 pengguna dengan pengguna yang terbanyak daripada negeri Selangor, iaitu sebanyak 41 peratus. Daripada jumlah keseluruhan, 120,000 pengguna, sebanyak 33.15 peratus merupakan pengguna jalur lebar yang baru dan tidak pernah melanggan kepada perkhidmatan yang lain sebelum ini. Dengan memperkenalkan perkhidmatan mereka kepada Sabah dan Sarawak, ianya akan membantu Packet One meningkatkan penguasaan pasaran WiMax pada masa ini yang berjumlah 56 peratus.


DirectX 10 Untuk Pengguna Linux dan Mac OS X?
AMaxCity Yang Pertama Di Perkenalkan
Najib : Kerajaan Tidak Akan Menyekat Internet
P1 Memperkenalkan Pelan One Plan
(Video) Perbincangan Mengenai Akta Badan Perkomputeran Profesional Bersama Timbalan Menteri

12 Komen

  1. Kay_amx pada 15 Dec 2009

    lama-kelamaan, kelembapan bertambah-tambah dan org mula merungut.. pastuh screamyx dengan bangganya buat iklan kutuk WiMAX.. pastuh WiMAX marah dan perang iklan balek… pastuh Screamyx menang dan screamyx buat pakej sampai WiMAX terkapai2.. pastuh ulang balek dari awal sampai akhir.. sampai la 2012 (x abes lagi nie).. aku pown buat syarikat baru dengan broadband lagik laju.. nme dye –> P13.. hahaha

  2. Qubezo pada 15 Dec 2009

    Nampaknya sampai 2012 je la haha.

  3. zool pada 15 Dec 2009

    Tak aci lah Melaka tak sampai lagi

  4. Hafidz pada 15 Dec 2009

    huhu. kalo travel ke sana boleh surf internet dengan kelajuan yang memuaskan =D

  5. diaien pada 16 Dec 2009

    semenanjung pun x abih cover lagi dah nak gi sabah sarawak???

    • junkies pada 16 Dec 2009

      Ooo… lepas semenanjung semua dah cover baru leh g sabah sarawak yer… sabah sarawak selalu di ketinggalankan di belakang… sian gak diaorg…korang nih… bagi gak lah diaorg rasa…

  6. mesticun pada 16 Dec 2009

    Dekat sini pun tak ada liputan.dah nak pergi sabah dan sarawak.
    bila rugi besar, Streamyx ambil untung besar.

  7. mohdisa pada 16 Dec 2009

    wa, nak pakai wimax gak. ades

  8. abrablog pada 17 Dec 2009

    weh, jerantut dengan banting camana plak???

  9. ejon pada 25 Dec 2009

    abes la redtone wimax yg kat sabah tu. dah la mahal, siap piring kalah astro

  10. charit pada 02 Jan 2010

    aku x nak la komen lebih coz aku pun ade gak wat projet tu tp aku nak ingat laa kat kwn cebur dr kat situ pasti kerja 2 dlakukan ngan tul kat puchong saujana ada yg main gantung je instll dp kat tgga buat tul2 laa nak kami adu kerr

  11. JULIAN GYSPO.COM pada 12 Mar 2012

    dah ada benda ni kat sarawak? :\


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader