11Dec

Pandang Pertama Alat Kawalan Astro Byond

Gajet, Lain-lain

Seperti yang diberitahu sebelum ini, hari ini, Astro telah pun memperkenalkan Astro Byond yang mana membolehkan para pengguna menonton siaran dalam bentuk definisi tinggi (HDTV). Dan untuk menjayakannya, Astro bakal membawakan dekoder dan juga alat kawalan jauh yang baru.

Astro Byond Controller
Butang Byond Di Bahagian Tengah Hadapan

Melalui alat kawalan jauh ini, ianya memperlihatkan yang mana butang Byond berada dibahagian tengah hadapan. Mungkin dengan menekannya, para pengguna boleh menikmati rancangan definisi tinggi 1080i dengan mudah sekali, ataupun dalam keadaan biasa dengan menekannya kembali.

Dekoder baru kelak juga aka didatangkan dengan fungsi untuk merakam video, membolehkan para pengguna untuk merakam dan memainkannya kelak dengan mudah. Ianya didatangkan dengan satu port USB untuk anda sambungkan sebarang cakera keras untuk menyimpan rakaman anda dengan mudah.

Kemaskini Anda boleh melihat alat kawalan Astro Byond dengan lebih dekat beserta dengan fungsi-fungsi mereka di laman Astro Byond.


Maxis : iPhone 3GS Di Malaysia Hujung Bulan Ini
DiGi Mula Mengumpul Permintaan Untuk iPhone 4
Intel Kini Merupakan Pemilik McAfee
WordCamp Asia Di Kuala Lumpur Pada 14 Mei Ini
HackWeekend 2 Memperlihatkan Aplikasi Lebih Berkualiti Dihasilkan

60 Komen

  1. amirul nizam pada 11 Dec 2009

    ape lar fungsi play ngan pause button 2 yerk..

  2. khairul pada 11 Dec 2009

    fungsi button play and pause tu untuk PVR (personal video recorder)…
    khabarnya, nanti astro akan activate kan PVR kat decoder baru ni…
    and kita kena pasang external HDD kat port USB belakang decoder tu…

  3. lol pada 12 Dec 2009

    thank fyi khairul

  4. mohdisa pada 12 Dec 2009

    astro pakai HDTV? gambar ok ke? takkan siaran televisyen pakai digital signal plak. huhu

  5. khairul pada 13 Dec 2009

    @mohdisa
    bukan semua channel astro ditayangkan dalam format HD..
    pada pelancaran rasmi iaitu 18 december ni, hanya 4 siaran yg disiarkan dalam HD…
    iaitu Astro supersport HD, HBO HD, Nat Geo HD, History HD…
    HDTV kalau nak bandingkan dgn SDTV memang sangat-sangat ketara perbenzaanya.. tapi perbezaan ni hanya akan dapat dilihat kalau pakai HDTV yang ada HDMI input.. most LCD/Plasma skrg memang HDTV yang ada HDMI input… so, bila berlaih ke HD takde dah gambar kembang, dan org jadi gemuk/pendek sebab stretching kat HDTV… TV biasa atau SDTV disiarkan dalam aspect ratio 4:3 (gambar 4 segi tepat)…, manakala HDTV disiarkan dalam format 16:9 (gambar lebar).. Astro memang pakai digital semenjak tarikh pelancaran dia pada tahun 1996 dulu… tapi astro hanya digital dari AABC sampailah ke dish kita je.. bila sampai ke decoder, dia akan di convertkan ke analogue sebab TV biasa hanya fama signal analogue kecualilah TV HDTV tu…

    Kalau fakta yg saya berikan ni ada kesilapan, harap tegurlah dan betulkan.. sebab apa yang saya tahu ni pun sekadar dari pembacaan yang sikit je.. mungkin ada lagi aspek lain yang tertinggal… :)

  6. Kamal pada 14 Dec 2009

    Memang benar seperti kata anda…tv source yang ada pancaran HD hanya seperti yang di sebut seperti di atas…TV3 atau RTM mungkin mengambil masa bertahun lagi untuk update native source mereka kepada HD…itu pun kalau ada pengeluar drama yg sanggup keluarkan duit untuk upgrade peralatan HD..

    yang penting kalau tv masih jenis CRT…tak perlu tukar…kalau ada HDTV wajib tu..heheh ..baru tau nikmatnya…macam main Call Of Duty 2 canti gambarnya..

  7. CS Tan pada 20 Dec 2009

    Jadi perlu tak bayar duit untuk upgrade me astro b-yond??? Dan Kamal modern warfare 2 lagi best

  8. Zukiey pada 21 Dec 2009

    tapi bagi saya kalau nak Quality yang terbaik kenalah tukar Recoder astro byond yang baru sebab dia support HDTV 1080i tetapi ianya bergantung pada TV. kalau TV biasa CRT saya rasa tak payah la…ok TQ..

  9. shahrulsaleh pada 25 Dec 2009

    kalu dah pakai astro hd ni siaran lain gambar same lagi ke atau lain????sebab saye dah order….

    • Zukiey pada 25 Dec 2009

      hari tu.. saya ade Telfon astro tanya pasal astro byond.. saya tanya dia kalu macam TV1 TV2 TV3 Basic Channel dia cakap ok sikit la… pada biasa sebab dia HDMI. tapi macam National Geographic HD ( Channel 573).., History HD (Channel 575), HBO HD (Channel 431) dan Astro Supersport HD (Channel 831) memang clear. dan sound 5.1 kalau pakai Home Theater System lagi power.(YAMAHA HOME THEATER SYSTEM) Ok…. TQ

  10. khairul pada 25 Dec 2009

    @ Shahrulsaleh…

    Siaran yg gambar elok hanyalah siaran yg dalam format HD…
    iaitu National Geographic HD ( Channel 573).., History HD (Channel 575), HBO HD (Channel 431) dan Astro Supersport HD (Channel 831).. Channel2 lain mcm TV3, RTM, Astro Ria, Prima, dll gambar tetap sama jugak….. takde perubahan pun….

  11. abu athif pada 25 Dec 2009

    Apakah dengan pakej terbaru Astro B.yond ini permasalahan isyarat c band turut diperbaiki? Atau rasanya kita masih menghadapi masalah klasik Astro dikala cuaca buruk@hujan – siaran terputus / tayangan tersekat – sekat.

    • abu athif pada 25 Dec 2009

      OOPs tersilap…Astro masih lagi mengekalkan frekuensi berkuasa tinggi Ku- bandnya

  12. Eriyza pada 25 Dec 2009

    Kena bayo ke depa tuko pree??
    Bayaran bulanan naik gak ke??

  13. khairul pada 25 Dec 2009

    Sy dah tukar ke byond ni…
    so far Alhamdulillah.., dah 2 hari hujan lebat tetiap petang, tapi tahan gak… boleh tgk lagi.. maybe dah upgrade rasanya… atau kebetulan saje?? harap2 memang dah upgrade lah…

    @ Eriyza…
    Kalau awk nak simpan decoder lama, kena bayar RM80 kat org yg datang pasang tu… but kalau awk surrender decoder, dish, wayar, ngan remote lama tu kat astro, tak yah bayar pape… FOC je.. :p

    Bulanan kena tambah RM20, tapi semua tu start bulan 5 karang… kiranya 4 bulan free preview dulu…

  14. Ahmad Shamsudin pada 27 Dec 2009

    Saya tak tahu pulak bulan 5 nanti baru mula bayar tambahan Rm 20 tu. Memang macam tu ke? tq.

  15. Shidi pada 28 Dec 2009

    Yup… buat mase skang ni… free preview dulu… bulan 5 baru bayar… aku da order.. woohooo

  16. khairul pada 28 Dec 2009

    @ahmad shamsudin

    memang betul… tambahan RM20 tu hanya akan bermula pada Mei 2010 nanti…
    astro sendiri yg cakap hari tu time sy order byond ni….

  17. mamat pada 29 Dec 2009

    salam semua..

    nak tanya…. jika kita melanggan Astro Byond dan membayar tambahan bil RM20…automatik ke kita akan dapat 5 siaran HD tu?

    atau bergantung pada pakej yang yang dilanggan..

    tq..

  18. zikri pada 29 Dec 2009

    salam..nk tanye..klu kos pemasangan free jgk ke?

  19. khairul pada 30 Dec 2009

    @ Mamat,,

    Ya… siaran HD yg kita boleh dapat adalah bergantung kepada pakej yg kita langgan. Sebagai contoh, kalau anda mengambil pakej movies+sports, anda akan mendapat HBO HD dan Supersport HD… dan jika anda hanya mengambil pakej Learning saja, maknanya anda hanya boleh mendapat History HD dan National Geographic HD… Jika anda mengambil semua pakej termasuk movies+learning+sports , anda akan mendapat kelima2 siaran HD…

    @Zikri

    Kos pemasangan memang percuma.. tapi decoder, dish, wayar, smart card, remote yg lama semua installer yg datang pasang tu akan ambik balik dan dia akan ganti dgn set Astro Byond ni.

    Dan jika anda nak kekalkan set DMT yg lama, anda perlu bayar RM80 kepada installer tu. Installer tu hanya akan mengambil smartcard set yg lama saja… decoder, dish, wayar dia tak kan amik….

  20. khairul pada 30 Dec 2009

    ESPN HD masih tidak ada lagi… khabarnya tahun depan baru ada ESPN HD…

  21. Shah pada 30 Dec 2009

    salam semua….
    saya dah pasang astro b yond so far bagus…tak ada masalah…sbb saya pakai plasma…gambar ok tak mcam pakai DMT lama …sgt berpuashati…yang pakai plasma atau CD apa lg order…alamilah kelainanya…

    • Nellith90210 pada 15 Jan 2010

      Kena ganti ke astro lama ke astro b yond?

  22. Shah pada 30 Dec 2009

    bukan CD tapi LCD maaf

  23. mamat pada 31 Dec 2009

    Channel2 yg tiada sokongan HD akan bertambah kualitinya jika menggunakan kabel HDMI dari Astro ini?,,

  24. lazaac pada 31 Dec 2009

    Astro Beyond ni rasa nyer 2 3 kali ganda harga Astro skrg ni… hoho… berbaloi-baloi…

  25. SlipDisc pada 01 Jan 2010

    bayaran bukan ker start april. kalau betul bulan mei lagi bagus. pemasangan foc. kalau cable melebihi 20m baru dikenakan charge. 1m tak tau brapa.

  26. yunus bin musa pada 06 Jan 2010

    10 HARI NAK DI PASANG OK TUNGGU LA

  27. yunus bin musa pada 06 Jan 2010

    TUNGGU LA 10 HARI NANTI ORANG TU PASANG

  28. min pada 07 Jan 2010

    pasai pa kena tunggu lama dah

  29. yunus bin musa pada 09 Jan 2010

    cik min tunggulah 10 hari lah tak sabar sabar

  30. mieyra pada 09 Jan 2010

    assalamualikom, nak join leh x

  31. yunusbinmusa pada 09 Jan 2010

    saya suka astro b.yond

  32. yunusbinmusa pada 09 Jan 2010

    yunus suka astro b.yond

  33. chuk pada 15 Jan 2010

    adakah kad akaun laun dimasukkan dlm decoder byond bleh tengok gak

  34. komeng pada 15 Jan 2010

    aku dah pasang beyond dah….tapi aku nyer cam ader masalah ckit,gambar kt bahagian atas tv cam ader gerak2 line putih kalo pakai ratio 16:9..tapi kalo pakai just nyer ratio ok laks..cume gambo zoom ckit..naper erk…gambar tv biase cam tu gak..cume cenel HD jer yg cantekk..contoh ssprt HD..ulang bende same jerk…live hoki ais ader ahh..nyesal aku order..

  35. Nellith90210 pada 15 Jan 2010

    Hmm…tumpang tanye……kena tukar ke astro lama ke astro b yond ni????Free ke?

  36. ajim pada 16 Jan 2010

    sy masih tk fhm lg apa gne play button sume tu, bila sy tekan button record tk jd apa2 pun? blh tlg bgtau?

    • SlipDisc pada 17 Jan 2010

      @ajim
      buat masa ni byond belum ada record features macam astromax.

  37. din pada 20 Jan 2010

    aku telefon astro satu hb haritu n then ptg astro trs cal n 3hb trs psg..kire cpt…aku psg free jer coz aku bg suma peralatan dia lik termsk remote….kalau korg ada pakej sports n learning kire sume cghannel ade..kalau x..fhm2 la..

  38. din pada 20 Jan 2010

    kad astro byond xlei msk kat dekoder lain n seblknya..coz smartcard ader satu chip byond kalau korg tgk iklan die…aku da try msk kat astro max n die tls wrong smartcard…

  39. lian pada 28 Jan 2010

    sampai bila mau bayar e2 bulanan ?

  40. SlipDisc pada 30 Jan 2010

    akhirnya ESPN HD muncul di channel 832. nanti boleh tengok asrnenal vs mu dlm hd. perghhhh

  41. wan pada 03 Feb 2010

    ape sye bru psang astro ..but bkn byond tp decoder die cm byond ..usb port kt decoder dh bleh gne ke ?..tq

  42. abu athif pada 09 Feb 2010

    Maaf tuan tuan nak tanyer sikit:-

    1. Kalau hujan ada masalah signal lagi tak dengan b.yond nih?
    2. Macam mana pulak kualiti signal kandungan bagi saluran umum ASTRO (yang bukan HD), ada cantik skit ke / lagi buruk ke berbanding pakej Astro biaser?
    3. Macammane pulak jenis aplikasi rakaman yang dirancangkan, (rakaman realtime/boleh coding)

  43. shaiful pada 10 Feb 2010

    hai..saya salah sorang sale staff…mengenai b.yond buat masa ni kami hanya mempunyai 5 channel dan bulan 3 kami akn tambah lg 5 channel..sesape ya pakai hd ready pun dah cukup tp kalau nk lebih baik lg pakai full hd..

  44. shaiful pada 10 Feb 2010

    sebarang pertanyaan astro b.yond dan pendaftaran sila call shaiful 012-2882209 or email to saiful.astro@gmail.com

  45. min pada 13 Feb 2010

    Apakah channel tersebut dan bila tarikh dimulakan

  46. jamal pada 25 Feb 2010

    masih boleh menonton astro beyond dengan set tv biasa dengan kualiti gambar dan audio yang lebih baik.aku tunggu masa je orng astro dtg rumah pasang,kalau dah tgok aku gtau cmana kualitinya ngn set tv biasa..tggu….

  47. shafee bi kasim pada 04 Mar 2010

    sye nk tnya ckit.. klau pkai b.yond ni gmbr kt chanel2 lain ok x?

  48. shafee pada 04 Mar 2010

    klau ok sye nk oderlh.

  49. shafee pada 05 Mar 2010

    sesiapa yang dh pkai b.yond leh lah bgithu?

  50. aboo pada 06 Mar 2010

    so far…bg aku mmg puas ati.xpenah byg leh dpt tgk tv kualiti cam ni kat mesia. Time kasih Astro,…cume cecepat skit tambah channel lain.

  51. shaH pada 09 Mar 2010

    nak pasang astro byond tel atau sms nama,no ic, alamat,contact

    • min pada 12 Mar 2010

      Nak beli decoder byond, bole tak?

  52. ckin pada 13 Mar 2010

    mahal ker?

  53. Mohamad Ibrahim Bin Mastan pada 07 Apr 2010

    Gambar melalui decoder byond ok tetapi suara digital masalah untuk mendapat kebel dan tidak dapat membuat rakaman,harap dapat penjelasan

  54. rosli bin jaafar pada 27 Sep 2010

    kalau berminat nak bertukar ke Astro Byond secara percuma boleh hubungi saya rosli 012-7416700. kalau sesiapa yg tiada astro iaitu pelanggan yg baru nak daftar untuk astro Byond kena bayar RM199.00 bayar kepada installer sewaktu pemasangan. Terima kasih

  55. Nana pada 09 Feb 2011

    Macamana nak hilangkan perkataan ” Copy Protection Is Failed ”
    pada saluran HD ye..
    saya ada sedikit masalah di sini untuk memadamkan perkataaan ini..
    harap sudi menolong saya…

    Terima ksih..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader