Cari @ Amanz

Seperti yang diberitahu sebelum ini, hari ini, Astro telah pun memperkenalkan Astro Byond yang mana membolehkan para pengguna menonton siaran dalam bentuk definisi tinggi (HDTV). Dan untuk menjayakannya, Astro bakal membawakan dekoder dan juga alat kawalan jauh yang baru.

Astro Byond Controller
Butang Byond Di Bahagian Tengah Hadapan

Melalui alat kawalan jauh ini, ianya memperlihatkan yang mana butang Byond berada dibahagian tengah hadapan. Mungkin dengan menekannya, para pengguna boleh menikmati rancangan definisi tinggi 1080i dengan mudah sekali, ataupun dalam keadaan biasa dengan menekannya kembali.

Dekoder baru kelak juga aka didatangkan dengan fungsi untuk merakam video, membolehkan para pengguna untuk merakam dan memainkannya kelak dengan mudah. Ianya didatangkan dengan satu port USB untuk anda sambungkan sebarang cakera keras untuk menyimpan rakaman anda dengan mudah.

Kemaskini Anda boleh melihat alat kawalan Astro Byond dengan lebih dekat beserta dengan fungsi-fungsi mereka di laman Astro Byond.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd