09Dec

Pelayar Chrome Beta Untuk Mac Di Lepaskan

Apple, Google

Selepas pelbagai ura-ura Chrome untuk Mac, akhirnya, hari ini, Google memperkenalkan Google Chrome Beta untuk para pengguna Mac OS X, di mana kini, mereka sudah pun boleh mencuba pelayar web Google yang serba ringan dan pantas ini. Namun mereka masih belum dapat menggunakan fungsi Chrome Extensions seperti pada PC atau Linux.

Chrome Untuk Mac
Chrome Untuk Mac

Untuk versi Mac ini, Google telah pun berusaha lebih untuk memastikan para pengguna Mac OS X mendapat pengalaman yang menarik, dimana Google Chrome pada Mac amatlah pantas dan dibanggakan oleh Google sendiri. Ianya turut didatangkan dalam variasi 32-bit dan juga 64-bit, selain membawakan sokongan kepada tema dan sebagainya sama seperti pada Windows, kecual tanpa sokongan Extensions sahaja.

Anda boleh memuat-turun Chrome untuk Mac secara percuma, dan mengalami pengalaman menggunakan pelayar web Chrome yang dibanggakan Google ini.


Opera 10 Menepati Ujian Acid3
Pra-Alpha Opera 10.5 Sedia Di Uji
Kebakaran Di Foxconn - Lebih 16 Pekerja Cedera, Dua Kematian
Apple Dalam Persiapan Akhir Pelancaran OS X Lion?
Adakah Firefox Bakal Memperkenalkan Rekabentuk Yang Lebih Minimalis?

3 Komen

  1. nazmieski pada 09 Dec 2009

    Habislah SAFARI.

  2. knightblogger pada 09 Dec 2009

    tak dinafikan, chrome memang ringan gila.. :D

  3. od3n pada 10 Dec 2009

    i’m not ready yet for chrome. ff rock :P


Tinggalkan Komen Anda