19Dec

Pra-Alpha Aplikasi Opera 10.5 Pada 22 Disember

Perisian

Selepas memperkenalkan Opera 10.10 tempoh hari dengan keupayaan Opera Unite, kini pihak pembangunnya telah pun mengumumkan yang mana Opera 10.5 Pra-Alpha akan diperkenalkan pada 22 Disember 2009, iaitu 3 hari sebelum Hari Natal, yang mana melalui Opera 10.5 kelak, pelbagai perkara baru akan diperkenalkan.

Opera 10.5 kelak akan memfokuskan terhadap kelajuan pelayaran, yang mana mereka akan menumpukan perhatian pada pembangunan prestasi enjin JavaScript mereka. Pada awal tahun ini, Opera Software telah memperkenalkan enjin Carakan, iaitu enjin baru yang lebih kurang 250% ganda lebih pantas berbanding enjin Futhark yang digunakan pada Opera 10.

Buat masa ini, info berkaian Opera 10.5 masih lagi kurang, dan bagi para peminat perisian dan aplikasi pelayar web Opera, nantikan pada 22 Disember ini untuk Opera 10.5 Pra-Alpha.


Firefox 3.6 Bakal Tiba Tidak Lama Lagi
Adobe Hentikan Pembangunan Flash Untuk iPhone
Platform Pilihan Nokia Bakal Diumumkan Jumaat Ini
Mozilla Melancarkan Pelayar Web Firefox 11 Secara Rasminya
ProductiveMuslim Melancarkan Aplikasi iOS - iTaskinator

2 Komen

  1. Qubezo pada 19 Dec 2009

    Google Chrome tetap di hati hehe. Tengok la kalau Opera ni best boleh guna.

  2. mesticun pada 19 Dec 2009

    Senang nak muatkan sesuatu blog yang berat.
    saya pilih opera 10 laju.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader