• Pra-Alpha Opera 10.5 Sedia Di Uji

    Seperti yang dikatakan sebelum ini, hari ini, pihak Opera Software sudah pun melepaskan secara rasminya pra-alpha untuk Opera 10.5 yang mana membawakan pelbagai perkara baru dan menarik. Seperti yang dinantikan, kini Opera menggunakan enjin JavaScript baru yang lebih pantas, Carakan.


    Antaramuka Pelayar Web Opera 10.5 Pra-Alpha

    Seperti yang dikatakan sebelum ini, Opera membawakan revolusi baru dengan Opera 10.5, dan menerusi enjin JavaScript yang serba baru, iaitu Carakan, kini kelajuannya lebih 7 kali ganda lebih pantas berbanding Opera 10.10. Pada masa yang sama, ianya juga mengguna pakai enjin Presto 2.5 yang membawakan pelbagai perkara baru, termasuk sokongan kepada CSS3 dan HTML5.

    Selain daripada itu, Opera 10.5 ini juga membawakan integrasi yang lebih baik dengan Aero pada Windows 7 dan Vista, selain termasuk pengintegrasian yang lebih cemerlang pada Mac. Selain daripada itu, Opera menetapkan standard baru, dengan membolehkan fungsi Private Tab, satu langkah lebih hadapan berbanding pelayar web yang lain.


    Opera 10.5 Pra-Alpha Pada Mac OS

    Bagi para pengguna yang ingin mencuba pra-alpha Opera 10.5 ini, anda boleh memuat-turunnya secara terus, samaada untuk platform Windows atau Mac, dan mencubanya pada komputer anda. Hendaklah diambli perhatian yang mana, perisian ini masih lagi pada peringkat pembangunan dan mungkin terdapat sedikit masalah, seperti penggunaan memori yang tinggi, prestasi rendah pada sistem komputer yang lama, dan banyak lagi.

11 Komen

  1. Azfarul on 22 Dec 2009

    laju ke opera ni?

  2. Bdkbaik on 22 Dec 2009

    mmg laju tapi banyak crash …..

  3. MK on 22 Dec 2009

    Dem tak sabarnye nak try~~~ thanks Aman!

  4. blogresipi on 23 Dec 2009

    boleh try ni. :) kalau lagi laju dari firefox best kan. perasan tak yang sehari dua ni innity aktif iklan 12.00 malam ke atas. ke di blogresipi je jadi macam tu.

  5. Mr Propito on 23 Dec 2009

    wah.. jap lagi je tu nak kuar..zzzz

  6. catzer on 23 Dec 2009

    hahahahaah…percubaan opera in progress…loading….

  7. lifestreamz on 23 Dec 2009

    xpnh pun pkai opera, nnti blh try

  8. ishak hasimi on 23 Dec 2009

    biasanya opera kalau untuk mobile memang laju kalau untuk pc,ikut linelah kalau guna streamyx lagi laju kalau guna opera

  9. Anish K.S on 23 Dec 2009

    i am using Opera 10. its good. my second choice after FF

  10. buzymovie on 24 Dec 2009

    mmg best arr opera bru ni..bnyk fungsi yg xda kat browser len….

  11. razmad on 03 Jan 2010

    Opera merupakan browser kesukaan saya sejak dulu lagi, ianya memang pantas. tetapi kadang2 ia tak support dengan web2 tertentu. walau apapun saya amat meyukainya kerana kepatasanya.


Tinggalkan Komen Anda