Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Facebook akhir-akhir ini sedang dalam usaha memperkenalkan rekabentuk baru untuk laman mereka. Jikala sebelum ini, kita dapat lihat yang mana Facebook mengutamakan enjin carian pada rekabentuk mereka, kini, dengan sedikit perubahan, rekabentuk baru sedang diuji terhadap beberapa pengguna yang terpilih.

Rekabentuk Facebook Yang Baru [via]
Facebook yang kini mempunyai lebih 350 juta pengguna seluruh dunia, dikatakan akan memperkenalkan rekabentuk baru yang mana, melalui rekabentuk baru ini, kotak carian diletakkan dilokasi utama, selain notifikasi yang diubah kedudukannya ke bahagian atas, dan pautan menu yang sedikit diubah suai. Pada masa yang sama beberapa elemen UI pada Facebook juga mengalami perubahan serba sedikit.
Ianya masih lagi tidak diketahui bilakah Facebook akan memperkenalkan antaramuka yang baru ini, tetapi ianya dijangkakan yang mana rekabentuk baru beserta beberapa fungsi yang baru akan diperkenalkan sebelum Hari Natal ini. Sama-sama kita nantikan perkara baru pada laman sosial terkemuka ini.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
design fb memang menarik sampai blog aku pun pakai theme facebook ….
Selagi simple aku akan tetap suka pada FB.
sebelum tuh aku nak ucap blog ni dah semakin canggey
dengan layout baru. selama ni dok baca kat FEED jer.
almaklum.. terlampau sebok.
thanks untuk semua perkembangan. kalau tadek blog ni,
sure aku miss info. #InfoMASTER = AMANZ.MY
regards,
AzmanIshak.Com
erm… bila dia letak sidebar kiri camtu, jadilah mcm myspace dah.
harap x jadi cam myspace…pening dan lambat nak loading nanti…naknye time weekend…
FB sekarang sudah cukup bagus.persaing tak duduk diam.
kena lakukan sesuatu.kalau tidak rugilah.
design sekarang pun dah kira ok!
haha.. saye adalah antare penggune facebook yg terpilih..
Makin mantap lah FB ni…