01Dec

Sah : Office 2010 Pada Jun 2010

Microsoft

Salah seorang jurucakap Microsoft telah pun mengesahkan yang mana aplikasi pejabat Microsoft, iaitu Office 2010 akan dilepaskan pada Jun 2010. Aplikasi pejabat Office 2010 membawakan beberapa penambahan fungsi dan sedikit perubahan pada antaramuka, serta didatangkan bersama Office Web Apps.

Office 2010 Starter Boot
Skrin Loading Office 2010 Starter

Office 2010 kelak akan dilepaskan kepada umum bersama-sama dengan Microsoft Office Web Apps yang mana membolehkan para pengguna menggunakan aplikasi pejabat Microsoft itu secara dalam talian secara percuma. Buat masa ini, beberapa pengguna terpilih sudah dapat menggunakan aplikasi berkenaan, dan Microsoft masih belum sahkan sepenuhnya senarai aplikasi pejabat yang akan diperkenalkan dalam versi dalam talian kelak.

Ikon Office 2010
Office 2010 Memperkenalkan Ikon Baru

Bagi para pengguna yang tidak sabar menunggu sehingga Jun 2010, anda boleh mencuba Office 2010 versi beta yang diberikan secara percuma oleh Microsoft kepada umum, sama seperti pengenalan Windows 7 dahulu.


Pra-Lihat Internet Explorer 9 Minggu Hadapan
Spindex - Aggregator Sosial Anda
Office 15 Turut Sama Akan Membawakan Antaramuka Metro
Bing Mengeluarkan Data Berkenaan Carian Terhangat Sepanjang 2011
Windows 8 Beta Pada Penghujung Februari - Windows Store Diperlihatkan

8 Komen

  1. Adney pada 01 Dec 2009

    risau je aku nak download yg versi beta ni.. hehe :p

  2. Arib :) pada 01 Dec 2009

    To Adney :)

    Eh, tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.
    Office 2010 Beta ni boleh dikatakan okay sangat, smooth, UI pun cantik :D
    Hmm, kalau nak review selanjutnya, boleh rujuk ni:
    http://arib2020.blogspot.com/2009/11/teknologi-microsoft-office-2010-beta.html

    The Personal and IT Blog:
    http://arib2020.blogspot.com

  3. zulfitry.com pada 01 Dec 2009

    aku dah cuba versi beta..
    kira okay lah..dan user friendly..

  4. aktechpage.com pada 01 Dec 2009

    Aisehh…Office 2003 pun aku x abis lg guna….

  5. alone pada 01 Dec 2009

    fuh. versi baru. terbaik!

    sedar x sedar office ni lah yang banyak bantu kita buat assignment, paperwork, etc.

  6. biz sikit pada 02 Dec 2009

    pehh..tak sabar nak tunggu Jun 2010…versi beta …beta lahhh

  7. zuwairiaiman pada 02 Dec 2009

    Boleh la cube nanti … x sabar

  8. WanPERLIS pada 03 Dec 2009

    office 07 pun dah cun.
    inikan pula 2010


Tinggalkan Komen Anda