08Dec

Sokongan XP SP2 Di Tamatkan 13 Julai 2010

Microsoft

Dengan pelepasan Windows 7, ramai pengguna Windows Vista dan XP sudah pun mula beralih menggunakan Windows 7. Kini, Microsoft meminta para pengguna untuk mengemaskini sistem operasi Windows XP SP2 mereka kepada Windows 7 kerana ianya akan ditamatkan mulai 13 Julai 2010.

Mulai 13 Julai 2010, tiada lagi sokongan akan diberikan kepada sistem operasi Windows 2000 Server dan juga Windows XP SP2, dan pengguna diminta untuk mengemaskini sistem operasi mereka kepada yang lebih terkini. Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengemaskini sistem operasi XP anda kepada SP3, ianya akan membolehkan sistem operasi anda disokong Microsoft sehingga 2014 kelak.

Penamatan sokongan ini tidak bermakna yang anda tidak boleh menggunakan sistem operasi Windows XP SP2 lagi. Cuma ianya bermakna yang mana anda tidak lagi akan menerima kemaskini sistem operasi, termasuk kemaskini sekuriti dan sebagainya untuk sistem operasi anda daripada pihak Microsoft.


Internet Explorer 9 Dilancarkan
Windows 8 App Store Yang Diperlihatkan Sebelum Ini Bukan Yang Asli
Microsoft Memudahkan Perkongsian Kereta Melalui Aplikasi We're In
Skrin Mati Pada Windows 8 Lebih Menarik Berbanding Windows Sebelum Ini
Bilangan Aplikasi Windows Phone Di Marketplace Melangkaui Angka 60,000

6 Komen

  1. Arib :) pada 08 Dec 2009

    Huhuhuu,
    Boleh dikatakan SP2 ni still guna kat sekolah lagi, tak berupdate kepada SP3.
    Hmm, SP2 ni lah yang membawa XP ni lebih mantap lagi di mana pernambahan Security Center dalam Windows XP.

    Walaupun begitu, sokongan Windows XP SP3 masih lagi diteruskan sehingga 8 April 2014.
    Pengguna tegar Windows XP SP3 masih boleh mendapatkan kemas kini sehingga tarikh itu.

    Tidak dapat dinafikan, Windows XP semakin ditinggalkan oleh arus permodenan Windows 7 sejak Windows 7 diperkenalkan di PDC 2008 pada Disember lalu sehingga hari ini.
    Jasa Windows XP memang tidak dapat dilupakan ;)

    “Windows 7, PC anda dipermudahkan.”

    Blog Peribadi dan Teknologi:
    http://arib2020.blogspot.com

  2. Fahmishah pada 08 Dec 2009

    Damn, laptop aku paling canggih pun support XP je. Hahah nak pakai Windows 7 memang semput ar. pakai Linux je la nanti.

  3. Nikuve pada 08 Dec 2009

    Um… ingin berubah tu yg kurang menarik. Atleast SP3 la :P

  4. Arib :) pada 08 Dec 2009

    @Fahmishah

    Eyy, upgrade la RAM ;)
    Tambah 1GB RAM jew, tak menyesal upgrade tau.
    Barulah kacak sikit laptop tu pakai Windows 7 :D

    p/s: Hohoho, posting kat atas ni silap information, buleh lupa pulak. PDC 2008 berlangsung pada bulan Oktober 2008. Di sinilah UI baru Windows 7 dipertontonkan kepada orang ramai buat kali pertama. Segala kesulitan amat dikesali ;D

    The Personal and IT Blog:
    http://arib2020.blogspot.com

  5. mesticun pada 08 Dec 2009

    Setakat ni sahaja riwayat windows xp saya.lepas ni kena tukar baru.

  6. aBe pada 15 Dec 2009

    kepada yang ingin beralih arah daripada window sebelumnya kepada window 7. Anda boleh memuat turun window 7 disini secara percuma http://y.ahoo.it/vypLdq


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader