11Dec

Transaksi Dalam Ringgit Malaysia Melalui PayPal

Web 2.0

PayPal yang membolehkan para pengguna dan penyedia perkhidmatan dan produk membayar dan menerima wang dengan mudah, kini, secara rasminya telah pun mengembangkan perkhidmatan mereka ke Malaysia, dan membolehkan transaksi dilakukan dengan menggunakan Ringgit Malaysia.

PayPal Malaysia

Dengan pengembangan perkhidmatan mereka ini, mereka membolehkan para pengguna memindahkan wang daripada akaun PayPal terus ke akaun bank Malaysia, sekaligus memudahkan segala aktiviti e-dagang yang berlaku diinternet. Walaupun perkara ini telah mula disokong sejak akhir-akhir ini, ianya tiada sebarang pengumuman daripada pihak PayPal sehinggalah sekarang.

PayPal menjadi pilihan para penyedia perkhidmatan dalam talian, kerana ianya memudahkan para pengguna membuat pembayaran dengan cepat dan selamat secara dalam talian. Walaupun CiMBClicks, Maybank2U dan sebagainya turut menyediakan perkhidmatan seumpamanya, mereka tidak menyediakan halaman khas untuk urusan transaksi, dan ini menjadikan PayPal menjadi pilihan utam penyedia perkhidmatan dan penjual produk di internet.


Tetapkan Siapa Yang Melihat Kemaskini Facebook Anda
WordPress dan WordPress MU Akan Di Integrasikan
FeedGeorge Kini Memperlihatkan Data Dari Groupon Malaysia
Laman Carian Twitter Diberikan Nafas Baru
PayPal Dan CyberSecurity Malaysia Mempromosikan Bulan Disember Sebagai Bulan Untuk Pembelian Atas-Ta...

8 Komen

  1. Adney pada 11 Dec 2009

    Alhamdulillah :)

  2. od3n pada 11 Dec 2009

    typo “pilihan utam”

  3. Mr.Bintang pada 11 Dec 2009

    syukran… hehee…
    ini yg nk dgr nih.. :P

  4. senok pada 11 Dec 2009

    Dah 2 kali berjaya cash-out duit dr Paypal ke Maybank2u… Allhamdulillah, mmg tiada masalah…urusniaga PayPal di Malaysia lebih mudah sekarang…

  5. chokilala pada 11 Dec 2009

    mcm mana nak transfer? ada tutorial mana2 x yang aku boleh tgk? xpaham camne nak buat. huhu. selama ni beli manual dekat forum je. LOL

  6. syam pada 11 Dec 2009

    bagus..memanfaatkan rakyat dan usahawan2 malaysia

  7. Fatin Pauzi pada 12 Dec 2009

    Senang la bagi options paypal untuk kedai online. Sebab dah leh withdraw macam ni. great2!

  8. mohdisa pada 12 Dec 2009

    bagus2, ini amat memudahkan pengguna paypal. bila aku nak wat akaun paypal yerk. ades


Tinggalkan Komen Anda