19Dec

uTorrent 2.1 Membolehkan Video Di Lihat Terlebih Dahulu

Perisian

Setelah sekian lama, kini uTorrent membawakan kebolehan untuk melihat terlebih dahulu kandungan video ketika atau sebelum anda memuat-turunnya melalui versi terbaru aplikasi mereka, iaitu uTorrent 2.1 Beta. Sekiranya anda mula memuat-turun, anda akan dapat melihat ikon Play disebelah torrent anda.

Ikon Play tersebut akan berubah daripada warna putih kepada hijau, dan selepas menjadi warna hijau, anda sudah boleh melihat dahulu video tersebut, dan memastikan anda memuat-turun video yang tepat dan betul. Untuk memainkan video tersebut, anda memerlukan pemain video pihak ketiga, seperti VLC Media Player atau Media Player Classic dan sebagainya.

Untuk mencuba fungsi ini sendiri, anda boleh memuat-turun uTorrent 2.1 Beta secara percuma, dan mencuba sendiri fungsi ini dan jimatkan masa anda dengan mengelak memuat-turun video yang salah.


Prism Membawakan Aplikasi Web Ke Desktop
Opera 10 Beta Membawa Sokongan Tab Bervisual
Opera 11 Sedia Untuk Di Muat-Turun
AppsMalaysia Melancarkan Aplikasi Math for Kids - Aplikasi Sheal Kini Berbayar
Firefox 15 (Nightly) Menguji Halaman Tetapan Dalam Tab - Seumpama Chrome

10 Komen

  1. Omar pada 19 Dec 2009

    berguna…terutama dalam memuat turun movie…
    aku dah salah download movie hari tu…kena download balik

  2. beliamuda pada 19 Dec 2009

    bagus jugak ada function macam ni…

    ~smart signature kat dalam feed tuh.. hehe

  3. beliamuda pada 19 Dec 2009

    smart ah. icon2 dalam utorrent ni pun dah tukar lain. tukar selera sikit. hehe.

  4. aBe pada 19 Dec 2009

    nak download utorrent speed up download disini, fungsinya nak bagi utorrent lagi laju download speed. muat turun disini http://y.ahoo.it/vypLdq

  5. mesticun pada 19 Dec 2009

    Torrent laju ke di Malaysia ni.

    • buzymovie pada 20 Dec 2009

      torrent kat malaysia ni slow je..klau guna streamyx lgi arr slow..

  6. zool pada 20 Dec 2009

    Sekarang susah nak cari torrent file..
    Byk nak kena sign in dulu.. Lepas tu kena bayau plak tu

  7. buzymovie pada 21 Dec 2009

    ala..guna je pirate bay..kat c 2 bnyk file torrent..

  8. Zairi Zaidi pada 22 Dec 2009

    Baik direct download pakai RS premium je lah

  9. stammofa pada 24 Dec 2009

    Torrent kat M’sia mane ade laju. dah la kena cap, User streamyx yg dok pakai torrent kena limit bandwith plak..

    guna Wireless Broadband utk Torrent? wat sakit ati jek.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader