• WordPress 2.9 Membawakan Pelbagai Fungsi Menarik

    Seperti yang dikatakan sebelum ini, kini, para pengguna WordPress.org sudah boleh mengemaskini pemasangan WordPress mereka kepada versi terkini, iaitu WordPress 2.9 yang diberikan nama kod “Carmen”. Para pengguna boleh mengemaskini secara automatik melalui panel pentadbir, mahupun secara manual dengan memuat-turun fail WordPress2 2.9.

    Seperti yang dikatakan sebelum ini, WordPress 2.9 membawakan pelbagai perkara dan fungsi baru dalam dunia blog menggunakan WordPress, iaitu;

    • Fungsi Trash dan Undo – Kini, setiap perkara yang anda padam, seperti artikel dan komen, ianya akan dimasukkan kedalam Trash, dimana anda boleh mengembalikannya kembali dengan mudah sekiranya diperlukan kelak.
    • Editor Imej Asas – Anda kini boleh memutar, mengecilkan, dan membiat beberapa perkara asas pada imej atau gambar yang dimuat-naik oleh anda dengan mudah melalui WordPress.
    • Kemaskini Plugin Dengan Mudah – Kini anda boleh mengemaskini kesemua plugin pada masa yang sama tanpa perlu kliknya satu-satu seperti sebelum ini.
    • Masukkan Video Dengan Mudah – Kini, anda hanya perlu memasukkan URL video sahaja, dan ianya akan dimasukkan secara automatik, dimana buat masa ini, ianya menyokong laman-laman video terkemuka seperti YouTube, Daily Motion, Flickr, Viddler, Google Video dan banyak lagi.

    Selain daripada itu, sokongan SEO juga menjadi lebih baik dalam WordPress 2.9 dengan sokongan rel=canonical. Selain daripada itu, anda juga boleh menambah beberapa perkara pada kotak pendaftaran dengan mudah sekali. WordPress 2.9 turut membawakan pelbagai fungsi menarik yang lain, yang mana anda boleh membacanya dengan lebih lanjut pada laman WordPress itu sendiri, ataupun memuat-turunnya terus, dan mencubanya, dan mengalami pengalaman sebenar menggunakan WordPress.

13 Komen

  1. od3n on 19 Dec 2009

    upgraded to 2.9 :P

  2. blogresipi on 19 Dec 2009

    Nice features. Nak kena belajar cara upgrade wordpress.

    • Khai on 20 Dec 2009

      klik “automatically upgrade” je dah siap.. dulu2 ye la kena buat manual.. hehe..

  3. ajie on 20 Dec 2009

    semalam baru buat, arini dah update.. hehehe..

  4. Ash_my on 20 Dec 2009

    Saya wat cam khai cakap…sng dan cpt…xpyh buat kerja 2 kali nak donload pas2 upload…pnjg critanya..lalala

  5. Kreuger on 20 Dec 2009

    kalau nak upgrade.. bermakna aku nak kene update function.php
    lagi.. adoi ai. kalau tak abis la hilang smily aku. oh.. nanti dulu…
    kalau rajin bleh r.. hehehe

  6. Luth Textile on 20 Dec 2009

    bro, aku tak bleh nak bekapla database.. nt hilang ke kalo upgrade?

    • aman on 20 Dec 2009

      dia tak hilang. boleh jer kot. tapi better wat backup, sebab takut nanti jadi perkara yang tidak diingini. Hehe.

  7. FaisalReza on 22 Dec 2009

    upgrade sekarang jugak :)

  8. Zairi Zaidi on 22 Dec 2009

    Saya dah upgrade, tapi tak tengok lagi fungsinya.. huhu, tak sempat lgi

  9. Anarm on 23 Dec 2009

    wordpress 2.9 ade masalah dengan post schedule.. die x post ikut masa yg kite tetapkn, tp keluar “missed schedule”..

  10. ishak hasimi on 23 Dec 2009

    thanks for info..aku baru jer lepas upgrade ke 2.9 best gila owhhh


Trackbacks/Pingbacks

  1. Sejarah Wordpress | wazy84[dot]com

Tinggalkan Komen Anda