Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Pembangunan WordPress 2.9 kini sudah pun mencapai fasa-fasa terakhir, dimana hari ini pihak pembangun WordPress sudahpun mengumumkan pelepasan WordPress 2.9 RC1. Walaupun mereka berpendapat ianya sudah seperti selesai, mereka masih memintak supaya para pengguna mencubanya terlebih dahulu, dan melaporkan sebarang masalah pada pihak WordPress.
Seperti yang diberitahu sebelum ini, beberapa ciri-ciri baru, termasuklah fungsi Trash, dimana semua artikel dan komen yang dipadam akan ditempatkan, selain fungsi editor imej, dan beberapa perkara baru yang lain.
Sekiranya semuanya berjalan lancar, WordPress 2.9 akan dilepaskan kepada umum pada penghujung minggu ini. Bagi para pengguna yang tidak sabar akan menunggu pelepasan WordPress 2.9 untuk mencubanya, anda boleh memuat-turun WordPress 2.9 RC1 dan mencubanya hari ini.
10 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
bagus!! tunggu yg rasmi dulu la.. x berani nk try yg RC..
Yeyyy
Memang laju berkembang la wordpress ni. Ni yang lagi sayang….
yeay, bakal ada version baru…
makin canggih la wordpress nie!!
atceli ape kelebihan dan kekurangan wordpress bbnding blogspot?
sori,org baru…ehehe =.=”
Byk sgt kalu nk terangkan..wordpresss self hosted ibarat mempunyai rumah seniri manakala blogpsot seperti menumpang di rumah org.
Editor Imej Asas – tak perlu buka photoshop.
semua sudah ada pada wordpress 2.9
tapi makin canggih makin berat la…..
dah la pakai 3g je …..
tapi memang mengagumkan wp ni…..