25Dec

WordPress 3.0 Bakal Membawakan Pelbagai Perkara Baru

Web 2.0

Setelah melepaskan WordPress 2.9 tempoh hari, hari ini, pihak pembangun WordPress kini,, sudah pun melepaskan WordPress 2.9.1 Beta 1 yang mana menyelesaikan beberapa masalah kecil pada WordPress 2.9. Selain daripada itu, kita juga akan dapat menyaksikan WordPress 3.0 dilepaskan pada tahun hadapan yang bakal membawakan pelbagai perkara baru.

WordPress 2.9 dikatakan menimbulkan masalah pada sesetengah versi extension PHP Curl, dan WordPress 2.9.1 Beta 1 ini menyelesaikan perkara tersebut bersama-sama dengan beberapa masalah berkaitan dengan konfigurasi hosting yang berkait dengannya. Anda boleh memasangnya secara automatik dengan menggunakan plugin WordPress Beta Tester, mahupun muat-turunnya secara berasingan dan memasangnya secara manual.

Selain daripada itu, halaman bagi WordPress 3.0 kini telah pun dibina, dan senarai idea baru telah pun mula diterima buat masa ini. Masih tiada tarikh sebenar bila mana WordPress 3.0 akan dilepaskan kelak. Namun begitu, beberapa perkara yang mungkin kita dapat lihat pada WordPress 3.0 kelak adalah seperti:

  • Tema Baru Untuk 3.0 (#9015) – WordPress sudah sekian lama menggunakan Kubrick, dan perkara ini berkemungkinan besar akan digantikan dengan tema baru yang lebih kemas dan cantik.
  • Kebolehan Memilih Nama Pengguna (#10396) – Buat masa ini, WordPress dipasang dengan nama pengguna yang ditetapkan sebagai Admin. Perkara ini mungkin berubah dengan pengenalan fungsi memilih nama kelak ketika proses pemasangan.
  • Menggunakan HTML5 (#11301) – Berkemungkinan besar, Gears akan dibuang dan digantikan dengan kebolehan HTML5 yang disokong oleh pelayar web.

Buat masa ini, masih tiada sebarang berita berkaitan WordPress 3.0, dan senarai idea sedang diterima oleh pihak pembangun untuk dianalisa dan disertakan dalam versi tersebut kelak. WordPres 3.0 kelak akan dilepaskan pada tahun 2010.


Churp Churp Bakal Ubah Cara Beroperasi
Rangkaian Sosial Tagged Mengambil-Alih Digsby
GengBlogger Dan 1Tube.my Bersatu Bawah 1Tube Network
Drumo Memudahkan Anda Mengetahui Lokasi Menarik Di Asia Pasifik
Pengguna Facebook Di Malaysia Melangkaui Angka 12 Juta Orang

20 Komen

  1. Luth Textile pada 25 Dec 2009

    wp 2.9 pon aku tak update lg.. nak update, tp tak boleh nak buat bekap.. nt kalao update ke 2.9 ada apa2 efek tak? kot2 data hilang ke?

    <nubis

    • Khai pada 25 Dec 2009

      update je wp2.9 tu.. takkan ada masalah.. jgn risau.. hehehe..

  2. Fazreen pada 25 Dec 2009

    klu guna fantastico boleh je pilih nama pengguna

  3. Taufiksm.com pada 25 Dec 2009

    aku rase x perlu kot update lagi wp tu. kn baru peringkat beta.. takut problem la.. apapun x sabar nk upgrade ke 3.0 …

  4. blinkky pada 25 Dec 2009

    Saya belum upgrage ke 2.9 lagi….Takut ada masalah =)

  5. watie pada 25 Dec 2009

    saya pun belum upgrade lagi ke 2.9.. tq

  6. Zairi Zaidi pada 25 Dec 2009

    Wow wow

  7. Eriyza pada 25 Dec 2009

    Herm, nak kuar versi baru plak??
    Yg lama pun lum update sbb asek takleh wat.

  8. alone pada 25 Dec 2009

    ini yg sayang sama wordpress nih. hahah.

  9. Adney pada 25 Dec 2009

    x sabar =.=’

  10. azizan4444 pada 25 Dec 2009

    br nk upgrade..slow lg..haha

  11. Nine pada 26 Dec 2009

    tunggu wp 3.0 ada , baru beli hosting kut hehe…intsall reus 3.0, skrg duk test hosting free 0fees.net guna untuk wp…:)

  12. blogresipi pada 27 Dec 2009

    masalah saya lepas update 2.9 hari tu ialah missed schedule. Terpaksa install patch untuk selesaikan masalah tu. Sebab tu kot diaorang release 2.9.1 sebab ramai users complaint.

  13. muhdfarhan pada 27 Dec 2009

    hhe..nice bro..

  14. fazamania pada 27 Dec 2009

    aku pun belom update lagi… tgk mcm gempak jer..

  15. mesticun pada 29 Dec 2009

    Tema yang selalu kita lihat sudah lapuk.bosan pun
    ada.bila pasang pada blog dah nampak muka
    tema Kubrick.

  16. wazy pada 25 Feb 2010

    Dah siap update ke wp version terbaru ,info yang menarik ni bro,thanks

  17. dakreez pada 22 May 2010

    mcm ne nak dapat manual wordpress sepenuhnya… nak baca dan bangunkan web melalui wordpress… sapa taw sila emel den. or ym reezh80


Trackbacks/Pingbacks

  1. Sejarah Wordpress | wazy84[dot]com

Tinggalkan Komen Anda