27Dec

WordPress dan WordPress MU Akan Di Integrasikan

Web 2.0

Sebelum ini, kita sudah pun melihat serba sedikit berkenaan dengan WordPress 3.0. Kini, pihak pembangun WordPress menjangkakan yang mana mereka akan memperkenalkan lebih kurang 3 versi setahun, untuk menjadikan setiap versi yang dikeluarkan itu berkualiti.

Ini, sekaligus memperlihatkan yang mana setiap 4 bulan, kita akan dapat melihat versi WordPress yang baru, dan berkemungkinan besar, WordPress 3.0 akan dilepaskan seawal bulan Mac atau April jika mengikut jadual sebegini, mengambil kira, WordPress 2.9 yang dilepaskan pada bulan Disember.

3 Versi ini yang diperkatakan adalah pelepasan yang utama, dan mungkin terdapat pelbagai pelepasan yang lain, sepertimana WordPress 2.9.1 yang sedang dibangunkan pada masa sekarang ini.

Selain daripada itu, WordPress 3.0 akan memfokuskan kepada pengintegrasian antara WordPress.org bersama-sama dengan WordPress MU, yang mana selepas ini, segalanya akan digabungkan sekali, dan sekaligus memudahkan pembangunan WordPress.


Twitter Kini Mempunyai Lebih 100 Juta Pengguna Aktif Seluruh Dunia
MyEmail Menjenamakan Semula MarketPlace Menjadi Promotions
FourSquare Versi Islamik Bakal Diperkenalkan Pembangun Tempatan
Aplikasi Evernote Terkini Membawakan Sokongan Bahasa Malaysia
Facebook Kini Menyediakan Pautan Muat-Turun Rasmi Messenger Untuk Windows

6 Komen

  1. Zairi Zaidi pada 27 Dec 2009

    WordPress MU untuk multiple user kan?

  2. Iskandar pada 27 Dec 2009

    Cantek!

    Bila dah melekat sekali, senang la nak masukkan social networking dlm blog. Tak payah install Buddpress dah.

  3. Iskandar pada 27 Dec 2009

    Ops! BuddyPress

  4. mesticun pada 29 Dec 2009

    Tukar dan masukan tema akan jadi mudah.

  5. blur pada 30 Dec 2009

    mcm mana nk install word press tu??


Trackbacks/Pingbacks

  1. Sejarah Wordpress | wazy84[dot]com

Tinggalkan Komen Anda