Cari @ Amanz

Akhirnya, setelah pelbagai teka-teki, Yahoo! dan Microsoft telah pun mencapai persetujuan dalam perjanjian dimana melaluinya, Microsoft akan menjadi penyedia enjin carian kepada semua laman rangkaian Yahoo!, sekaligus bersaing dengan lebih sengit bersama Google.

Yahoo! Bing
Yahoo! Kelak Akan Gunakan Enjin Carian Bing

Melalui perjanjian ini, Microsoft akan menyediakan teknologi carian kepada Yahoo! selama 10 tahun, serta mendapat akses kepada teknologi carian Yahoo! dan para pekerja Yahoo!. Dan pada masa yang sama, Yahoo! juga akan mendapat bayaran yang munasabah, selain sebahagian daripada pendapatan pengiklanan pada carian juga akan diterima oleh Yahoo!.

Walaupun kini kedua-dua pihak sudah mencapai persetujuan, mereka masih perlu mendapat persetujuan daripada pihak kerajaan sebelum kerjasama mereka betul-betul menjadi. Ianya dijangka kerjasama ini akan bermula pada awal 2010 sekiranya diperkenankan oleh pihak kerajaan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd