Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selepas semua ura-ura semalam, hari ini, pihak Yahoo! sendiri mengatakan yang mana, kini mereka sedang membincangkan secara aktif berkenaan masa depan MyBlogLog, dan berkemungkinan besar penutupan servis tersebut mungkin menjadi salah satu pilihan mereka, walaupun terdapat pilihan lain yang akan menyelamatkan servis tersebut.
Ianya dikatakan yang mana MyBlogLog dahulunya dibeli oleh Yahoo! untuk membolehkan mereka mengindex blog berkualiti dengan mudah melalui kemaskini RSS yang dilakukan secara automatik pada MyBlogLog, dan sekaligus meningkatkan kualiti enjin carian mereka. Namun begitu, kebanyakkan blog yang menggunakan MyBlogLog dikatakan tidak menyumbang kepada index Yahoo!, dan kebanyakkan artikel adalah tidak bersesuaian dengan enjin carian mereka.
Selain daripada itu, dikatakn juga yang mana kos operasi untuk menguruskan MyBlogLog adalah amat tinggi, dimana hampir ribuan widget yang dibina setiap hari, selain MyBlogLog yang dikatakan tidak mendatangkan sebarang hasil kepada Yahoo!.
Masa depan MyBlogLog masih samar-samar, samaada berkemungkinan besar, MyBlogLog akan ditutup ataupun diteruskan pembangunannya, ataupun diintegrasikan bersama produk Yahoo! yang lain. Salah satu produk Yahoo! yang menyediakan kebolehan serupa dikatakan adalah Yahoo! Profiles. Buat masa ini, masa depan MyBlogLog masih sedang dibincangkan oleh pihak Yahoo! dan tiada keputusan yang nyata buat masa ini.
15 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Aku antara yang dah lama guna MYBLOGLOG tapi semakin hilang dengan adanya twitter dan FB.
yahoo! yahoo dah sayo. kalo google amik cmfirm nek kot
aku rasa pun dah elok lah yahoo ambil keputusan untuk menutup mybloglog. kalau dah menanggung kerugian buat apa nak simpan kan?
maksudnya mereka gagal menyerlahkan kemampuan laman tersebut.
tak pernah gune my blog log huhu T_T
hmmm..ni semua penangan fb ngan twitter..nk buek camno..tutup je laa.
pasni tukar pkai blogcatalog plak laa..
betul tu kalo dah tak generate profit buat ape simpan. lagi kalo data yang ada tak relevan sape yang nak beli betul tak.
ape pun bersedia lah penutupannya. abes la blog aku.
wah, berkurangnya satu lg laman social. takkan dah mengaku kalah kot Yahoo!!! huhu
Sayangnya nak tutup. Aku salah seorang yang menmanfaatkan Mybloglog.
aku x daftar pun Mybloglog… fuhh selamat…
ruginya kalau ditutup.. tapi kalau diorang nak tutup apa boleh buat.
Daripada menanggung kerugiran.lebih baik tutup.
dah lama guna mybloglog…sayang kalau tutup camtu jer..
betul. sayang tol kalau biar camtu aje..
ayoyo..!!rugi bisnes aku Yahoo woi..dh byk blog aku masuk dlm tu..haiyyaa..