Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selepas memperkenalkan Goo.gl sebelum ini, kini Google memperkenalkan khidmat URL ringkas bagi servis video yang popular di dunia, iaitu YouTube. Untuk khidmat pemendek URL YouTube, Google menggunakan domain dari Belgium, dan menjadikannya, http://youtu.be. Walaupun ianya tidak begitu pendek, tetapi ianya kelihatan amat menarik sekali.
Buat masa ini, URL ringkas ini digunakan apabila para pengguna menggunakan fungsi AutoShare untuk berkongsi link pada halaman pihak ketiga, seperti Twitter dan Facebook, dimana URL akan diringkaskan dengan mudah, dimana URL ringkas tersebut hanya menggunakan ID video sahaja. Sebagai contoh, URL seperti http://www.youtube.com/watch?v=vcE8xJkK6t4 akan menjadi http://youtu.be/vcE8xJkK6t4, sekali gus memudahkan lagi perkongsian. Para pembangun juga boleh melakukan perkara sama pada URL ringkas ini, seperti penggunaan API dan sebagainya, untuk memperlihatkan thumbnail, dan melakukan perkara-perkara lain yang menarik.
Sebelum ini, Google telah memperkenalkan penggunaan URL ringkas dan pendek untuk pengguna toolbar mereka, dan pada hari yang sama juga, Facebook turut memperkenalkan URL ringkas mereka, iaitu FB.Me, serta Bit.ly yang sering memperkenalkan perkara baru, dari masa ke semasa.
12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
mcm satu fenomena pulak url shorter nih..hmm..ape2 pun yg penting utk pengguna jugak kan.huhu.
Hebat ! dah macm2 pemendek URl..
Btapi Bit.Ly jugak pilihan aku
Sama juga dengan aku… Bit.Ly pilihan aku berbanding shorten url yg lain…
bagus…bila mereka memudahkan pengguna maka mereka juga yg akan mendapat manfaatnya nanti…
semunya sudah mula memendekkan yek…
lagi baik guna tr.im dari gune bit.ly sbab lagi pendek.FFF -Fighting-For-Fun-
Makin banyak pula buat cam ni ye
Disebabkan fenomema url pendek ni.Ko aman x nak buat bagi pendek ke url ko.contohnya http://ama.nz….hehehe
hehe..dah jadi satu trend la plak..
Kenapa bila satu web buat pendek URL semua nak ikut lol.
pergh. semua nak buat url pendek lak skg.
Makin lama makin canggih.. masa pun menjadi pendek. Usia kita semakin meningkat.. Makin byk yang perlu di fikirkan. Manusia, berlumba-lumba mengumpul harta.. demi masa depan yang gemilang.