Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Menjelang beberapa jam sebelum Apple memperkenalkan sesuatu yang baru pada acara mereka, yang mana bakal berlangsung pada pukul 2.00 pagi waktu tempatan, kini, munculnya beberapa gambar yang diperkatakan sebagai prototaip PC tablet dari Apple yang diperkatakan selama ini.
Walaubagaimanapun, ianya masih tidak dapat disahkan, tetapi, ianya seperti menepati beberapa ciri-ciri tablet Apple yang diperkatakan sebelum ini, seperti menggunakan sistem operasi hibrid iPhone OS, dan skrin seluas antara 9-inch hingga 10-inch. Namun, untuk memastikannya, sama-sama kita perlu menunggu sehingga Apple membuat pengumuman rasmi pada pagi nanti.
Beberapa info tambahan yang didapati adalah seperti, harganya dikatakan pada harga lebih kurang $1000, selain namanya yang masih lagi belum dipastikan, dan masih dipanggil sebagai “K48″ dikalangan pekerja Apple. Pagi nanti juga, Apple dijangka akan memperkenalkan sistem operasi iPhone yang serba baru, selain aplikasi iLife 2010. Sama-sama kita nantikannya.

Prototaip Tablet Apple? [via]

Prototaip Tablet Apple? [via]
Via : Engadget
3 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wah…curik2 amik kat pentas utk launch ke? siap ada kain tutup..haha
Salam. Dah buat posting sikit di bloginformasi tentang iPad. Menarik juga spesifikas dia. Spesifikasi iPad tablet:
Apple A4 1 Ghz
Screen 9.7 inch
Thickness 0.5 inch
Weight 1.5 pounds
16-64 Gb Flash Storage
10 hours battery
1 month standby mode
Wifi 802.11 n
Accelerometer & Compass
Agaknya berapalah harga kat Malaysia?
amenda tu man.. sticky notes ke… asal tutop