19Jan

Apple Bakal Memperlihatkan Tiga Produk Baru

Apple

Kini, segala ura-ura berkaitan tablet Apple menghampiri tanda noktah apabila semakin menghampiri tarikh acara khas yang diadakan oleh Apple iaitu, pada 27 Januari ini. Apple juga sudah mula menghantarkan jemputan kepada para pengguna, dimana mereka bakal memperkenalkan sesuatu yang baru kelak.

Apple
Jemputan Daripada Apple [via]

Pada masa yang sama, FoxNews turut melaporkan yang mana, pada acara tersebut Apple kelak akan memperkenalkan tiga perkara utama, iaitu tablet Apple yang digembar-gemburkan selama ini, iPhone OS dan juga aplikasi iLife 2010 yang serba baru. iPhone OS yang bakal diperlihatkan adalah mungkin akan dipergunakan dalam iPhone 4.0 kelak.

Walaubagaimanapun, masih tiada komen rasmi daripada pihak Apple sehingga masa ini. Namun, ramai yang menspekulasikan yang mana tablet daripada Apple bakal diperkenalkan pada tarikh berkenaan. Sama-sama kita tunggu dan lihat.


[Ura-Ura] Apple Bakal Miliki Twitter
Kebakaran Di Foxconn - Lebih 16 Pekerja Cedera, Dua Kematian
Kemaskini Aplikasi WootFood Membawakan Pelbagai Perkara Baru
Adobe Melancarkan Aplikasi Rasmi PDF Untuk Pengguna iOS
Kamera iPhone Pada Semua Generasi Diperbandingkan

7 Komen

  1. Omar pada 19 Jan 2010

    tengok kat Yahoo Malaysia news tadi…ada gambar..gempak gak

  2. Adam pada 19 Jan 2010

    iTablet kot? Moh cari pintu belakang mana-mana tau boleh dapat info sikit pasal produk baru ni.

  3. Azahari pada 19 Jan 2010

    tak sabar nak tengok produk Apple terbaru…. terlalu laju sangat teknologi… apa yang menarik perhatian saya adalah iPhone.. apakah lagi yang ingin ditambah ke dalamnya agaknya :)

  4. mohdisa pada 20 Jan 2010

    wah, produk baru. bilalah aku mampu nak pakai produk Apple ni. hehe

  5. mipow3r pada 20 Jan 2010

    apa agaknya pembaharuan dr apple kali ni…
    sama sama kita tungguuu

  6. mrkaizer pada 20 Jan 2010

    Tengok jela kita ni ek.nk guna g kedai apple..hehehehe

  7. bloginformasi pada 27 Jan 2010

    itablet sure mahal.barang apple ni semua harga premium. :(


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader